Pasangan kekasih Dev Patel- Freida cuba elak paparazi

Diterbitkan: Sabtu, 25 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pelakon British Dev Patel (kiri) dan Pelakon India Freida Pinto bergambar ketika menghadiri British Academy of Film and Television Awards (BAFTA) di Royal Opera House in central London. foto-AFP
Pelakon British Dev Patel (kiri) dan Pelakon India Freida Pinto bergambar ketika menghadiri British Academy of Film and Television Awards (BAFTA) di Royal Opera House in central London. foto-AFP

PASANGAN pelakon filem yang menggondol lapan anugerah Oskar 'Slumdog Millionaire', Dev Patel dan Freida Pinto mengelak daripada diambil gambar ketika keluar bersama.

Apabila beredar selepas makan makan malam bersama di sebuah restoran di New York, Dev terus melarikan diri setelah melihat sekumpulan jurugambar sedang meunggu mereka di luar, lapor sebuah laman web.

Dev berlari sambil ketawa ketika itu kerana menyedari ia perkara yang melucukan, sementara Freida,25 , turut tesenyum melihat gelagat Dev walaupun terpaksa berjalan keseorangan selepas itu.

Khabar angin mula timbul Februari lepas yang mengatakan bintang filem 'Slumdog Millionaire' Freida dan Dev, 19, mempunyai hubungan yang lebih daripada seorang kawan.

"Bila saya berjumpa dengan mereka, saya dapat rasakan sesuatu yang sedang berlaku... seolah-olah ada 'keserasian' diantara mereka," kata seorang pelakon yang turut membintangi filem itu, Anil Kaapor.

Dev sebelum ini berada di Philadelphia untuk pengambaran filem 'The Last Airbender' sementara Freida diburu oleh pelbagai agensi untuk menjadi model dan berlakon dalam filem.

Dev juga dikatakan bakal memegang watak utama dalam filem Hindi yang dilakonkan semula 'Nadodigal'.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan