Sarimah: Saya sudah puas menangis

Diterbitkan: Jumaat, 24 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sarimah ingin melupakan episod duka dalam hidupnya dan ingin memberi tumpuan yang lebih terhadap kariernya - foto THE STAR oleh KEVIN TAN
Sarimah ingin melupakan episod duka dalam hidupnya dan ingin memberi tumpuan yang lebih terhadap kariernya - foto THE STAR oleh KEVIN TAN

DIA adalah seorang wanita yang cukup cekal. Meskipun mahligai perkahwinan yang dibinanya dengan Amir Andrew Abdullah berakhir Disember lalu, Sarimah Ibrahim begitu 'kuat' menyimpan perkara itu dan hanya mendedahkan tentang perceraiannya awal bulan lepas.

Episod duka itu tidak mahu diungkitkan lagi oleh pengacara jelita ini. Kata Sarimah, dia sudah membuka episod baru di dalam hidupnya. Apa yang penting buat anak kacukan Melayu-Ireland ini adalah untuk meneruskan karier sebaik mungkin.

"Saya sudah puas menangis. Sekarang ini saya ingin fokus sepenuhnya terhadap karier. Nampaknya rezeki semakin mencurah-curah pula selepas kembali 'solo'.

"Bulan Ogos ini saya akan sibuk dengan rakaman program baru berjudul Tangkap Muat untuk siaran Astro Ria dan sekitar Oktober nanti, saya juga akan terlibat dengan sebuah projek besar. Tunggulah nanti saya akan umumkan tentang projek itu.

"Saya juga turut berlakon drama mini arahan Erma Fatima yang akan disiarkan pada Hari Raya nanti bersama pelakon-pelakon seperti Vee dan Mamat Khalid," ujar Sarimah yang ditemui pada rakaman program Mega Raya Astro, baru-baru ini.

Menurut pengacara berusia 31 tahun ini, dia sendiri tidak menyangka berjaya mengumpulkan kekuatan sebelum ini tatkala kisah perceraiannya itu masih disimpan kemas dalam hidupnya.

"Jika diingatkan semula, saya sendiri tak tahu dari mana datangnya kekuatan itu, tambahan pula sewaktu itu saya sedang mengendalikan Diari AF. Nasib baik ada program tersebut, jadi saya boleh melupakan seketika tentang masalah saya sewaktu rakaman.

"Lagipun, nak tak nak, saya kena tabahkan diri dan tidak boleh putus asa. Saya kena 'control' agar penonton tidak nampak ada sesuatu yang tidak kena dengan saya," kata Sarimah.

Bagaimanapun, ujarnya, memegang status janda bukanlah satu 'bebanan' buatnya, apatah lagi dia sentiasa dikelilingi oleh ahli keluarga dan rakan-rakan yang tidak putus-putus memberikan sokongan terhadap dirinya.

"Semua cukup memahami keadaan saya. Lagipun, saya bukannya terlalu membesar-besarkan tentang hal perceraian ini. Tidak semua orang bernasib baik dalam hubungan rumahtangga...ada yang jodoh panjang, ada yang tidak.

"Tapi biasalah, bila dah kembali solo ni, ada juga yang sering bertanya sama ada saya sudah ada 'orang baru' atau tidak. Saya rasa, saya kena bercinta dengan diri sendiri dulu. Lebih baik fokus pada kerja saja buat masa ini," tutur Sarimah dalam nada ceria.

Diajukan pertanyaan tentang hubungannya dengan bekas suami selepas bercerai, kata Sarimah, dia dan Amir tidak mempunyai masalah untuk terus berkawan apatah lagi perceraian itu berlaku secara baik.

"Tidak ada perasaan benci atau dendam. Tapi saya akui, memang agak kekok juga. Bagi saya, cara yang terbaik untuk terus berkawan dengannya ialah cuba menjarakkan diri daripada dia.

"Apapun, saya sentiasa berharap dia akan jumpa wanita yang sesuai dan jodoh mereka akan panjang," tuturnya.

Namun, Sarimah akui, kehadiran Ramadan tidak lama lagi pasti sedikit 'sukar' buat dirinya kerana perlu menyambutnya tanpa ketiadaan seorang lelaki bernama suami di sisi.

"Saya masih dalam proses untuk menyesuaikan diri sebenarnya. Bila dah terbiasa duduk bersama, pasti terasa lain.

"Mungkin bulan puasa nanti, saya akan sentiasa berbuka puasa bersama keluarga dan kawan-kawan. Keluarga juga sudah tinggal dengan saya sekarang.

Teruja dengan Tangkap Muat

Bercerita tentang projek terbarunya, Tangkap Muat yang akan memulakan rakaman tidak lama lagi, kata Sarimah, dia akui cukup teruja dengan program tersebut memandangkan ini adalah kali pertama dia menjadi 'co-producer'.

"Ini adalah sebuah program 'make-over' dan turut ada elemen America' Next Top Model. Saya turut terlibat dari segi konsep dan skrip program ini.

"Apa yang menariknya, kita akan buat pelbagai 'make-over' terhadap peserta termasuklah pakaian atau pun rambut yang mana program ini nanti akan mempunyai dua orang perunding iaitu Zulfazli dan pereka fesyen, Rizalman.

"Peserta-peserta juga bukan hanya terhad kepada wanita, tetapi lelaki juga," kata Sarimah tentang program 13 episod itu.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan