Omer Bhatti sedia buat ujian DNA buktikan dia anak MJ

Diterbitkan: Jumaat, 24 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Prince, 12, Paris,11 dan Blanket, 7. -foto AP
Prince, 12, Paris,11 dan Blanket, 7. -foto AP

SEORANG rapper dari Norway disyaki merupakan 'anak rahsia' kepada Michael Jackson dan kelihatan duduk bersama-sama dengan keluarga Raja pop itu ketika upacara memorialnya.

Omer Bhatti, 25, ketika itu duduk diantara anak dan kakak Michael iaitu Prince dan Rebbie, 59 di kerusi hadapan pada 7 Julai di Staples Center Los Angeles.

Beliau ketika itu memakai cermin mata gelap dan berkot hitam.

Kehadiranya dan persamaan fizikal yang ada padanya dengan anak bongsu Michael, Blanket, menyebabkan timbul spekulasi bahawa dia merupakan anak kepada penyanyi lagenda itu.

Semenjak kematian Michael, Omer masih lagi tinggal di Los Angeles dan dikatakan mahu ujian DNA dilakukan terhadapnya untuk membuktikan dia adalah anak kepada Michael.

Jika terbukti dakwaan ini benar, Omer akan menjadi anak Michael yang paling tua sekali diikuti oleh 'adik-beradiknya' yang lain iaitu Prince, 12, Paris,11 dan Blanket, 7.

Penyanyi yang popular dengan lagu 'Thriller' itu dilaporkan pernah memberitahu kawan yang rapat denganya bahawa dia merupakan ayah kepada Omer kerana pernah meniduri seorang peminatnya yang berasal dari Norway pada tahun 1984.

Selepas mendengar berita mengenai kematian Michael, ibu kepada Omer, Pia berkata: "Dia adalah Raja Pop, tetapi bagi kami dia lebih daripada itu."

Ayah Omer, Riz seorang yang berasal dari Pakistan memberitahu memang benar anaknya berada di upacara memorial itu, tetapi dia engggan mengulas dengan lebih lanjut.

"Ya memang betul dia berada disana, saya tahu sebab saya juga menonton upacara itu.

"Saya beritahu kepada isteri saya, ini bukan perkara yang kecil... lebih-lebih lagi kalau media mendapat tahu mengenai hal ini," katanya kepada sebuah akhbar.

Ketika ditanya mengenai status Michael sebagai ayah kandung Omer, Riz berkata: "Tulislah sesuka hati anda. Saya tidak mahu mendedahkan apa-apa mengenai perkara ini"

Kemunculan Omer pertama di khalayak umum ialah pada tahun 2003 apabila satu stesen TV di AS menyiarkan video Omer menerima hadiah daripada Michael.

Omer dipercayai kadangkala tinggal bersama Michael bermula pada penghujung tahun 1990-an

Beliau pertama kali berjumpa dengan Michael di Hotel Tunisia pada tahun 1996 dan ketika itu juga beliau berjaya mencuri tumpuan Michael dengan gaya tarianya yang menarik.

Satu laporan dari Stesyen penyiaran TV pada tahun 2004 mengatakan Michael pernah memberitahu rakan-rakanya bahawa dia adalah ayah kepada Omer tetapi mereka tidak tahu samaada mahu mempercayainya atau tidak.

"Saya tidak terkejut kalau Michael adalah ayahnya, dia sebenarnya tidak wujud dalam hidup Michael sebelum tahun 1996," lapor sumber terdekat kepada Michael.

Tahun berikutnya, Keluarga Bhatti berpindah dari Oslo ke California dan bekerja untuk Michael.

Ibu Omer, Pia 'bekerja' sebagai penjaga kepada anak Michael yang 'rasmi', Prince Michael II, sementara ayahnya Riz menjadi pemandu.

Pada tahun 2003, Omer dilihat bergambar bersama-sama dengan Michael apabila melawat penanyi popular itu yang sedang bercuti di Colorado.

Omer juga berada di kediaman Michael di Neverland Ranch pada tahun 2003 ketika polis mengeladah rumah itu berhubung siasatan kes cabul kanak-kanak.

"Ia tidak masuk akal, semua pasukan polis dari Santa Barbara datang... Michael tidak ada dirumah ketika itu," kata Omer tahun lepas.

Keluarga Omer kemudian pulang ke Norway tetapi Omer mengatakan dia masih lagi selalu berhubung dengan Michael.

"Selepas itu saya masih lagi terus berhubung dengan Michael, rasanya kesetiaan saya kepadanya yang membuatkan kami masih mempunyai hubungan yang rapat," katanya.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan