Adik Yasmin terkilan laporan salah pihak media

Diterbitkan: Jumaat, 24 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Yasmin Ahmad dikejarkan ke Hospital Pakar Damansara setelah mengalami sesak nafas semalam.
Yasmin Ahmad dikejarkan ke Hospital Pakar Damansara setelah mengalami sesak nafas semalam.

PETALING JAYA: Pengarah terkenal Yasmin Ahmad masih berada dalam keadaan koma dan kritikal.

Demikian dinyatakan oleh adiknya, Muzaffar Shah Ahmad dalam sebuah sidang akhbar sebentar tadi di Hospital Pakar Damansara.

"Berita baik buat masa ini adalah keadaannya tidak bertambah teruk. Bagaimanapun, menurut doktor, 48 hingga 72 jam selepas pembedahan semalam adalah sangat penting.

"Dia masih dalam keadaan koma dan memerlukan bantuan pernafasan. Moga-moga semua dapat mendoakan agar Yasmin segera sembuh," kata Muzaffar atau lebih senang dipanggil Acha.

Semalam, pada sekitar 4 petang, Yasmin dikejarkan ke hospital setelah beliau mengalami kesesakan nafas sejurus selepas membentangkan kertas kerja di Sri Pentas TV3.

Keadaannya agak serius sehingga terpaksa menjalani pembedahan kecemasan di bahagian otak pada jam 6 petang semalam.

Menurut Acha, 38 tahun, doktor masih menyalurkan bendalir keluar dari otaknya (drainage of fluid) untuk mengurangkan tekanan pada otaknya.

"Doktor memberitahu otaknya bengkak kerana terdapat pendarahan pada satu pembuluh darah dalam otaknya sehingga menyebabkan strok," kata Acha.

Acha pada masa yang sama menafikan gosip terkini bahawa strok tersebut merupakan strok kedua yang dialami Yasmin.

Menurutnya, Yasmin pernah pengsan beberapa tahun lepas ekoran tekanan darah tinggi tetapi ia adalah sangat 'mild' (sederhana).

"Ini bukanlah strok kali kedua seperti yang diwar-warkan sesetengah pihak," kata Acha.

Tambahnya, Yasmin telah memakan ubat untuk menangani tekanan darah tinggi yang dihadapinya.

Kata Acha, "Yasmin tidak pernah mengadu tentang dirinya berasa kurang sihat. Dia cuma berkata dia ada migrain."

Mengenai projek-projek Yasmin yang sedang dan bakal dilaksanakan, Acha berkata: "Dengan keadaan kesihatannya sekarang, saya tidak tahu sama ada projek-projek tersebut dapat diteruskan atau tidak.

"Malah ia bergantung kepada sejauh mana Yasmin memberikan respons terhadap rawatan yang diberikan doktor," jelas Acha.

Sementara itu, Acha memberitahu, ahli-ahli keluarga sungguh terharu dengan kasih sayang mereka yang ditunjukkan oleh mereka yang prihatin terhadap kesihatan Yasmin termasuk media.

"Orang lain selalu kata saya mempunyai seorang kakak yang masyhur tetapi saya tidak berasa demikian. Kini saya benar-benar dapat rasakannya.

"Apa yang berlaku pada Yasmin adalah terlalu mendadak sama seperti Michael Jackson. Kita tidak bersedia menerima berita sebegini," katanya dengan penuh emosi.

Kata Acha, selama ini, semua pihak tahu kerja-kerja Yasmin adalah berkisar kepada kemanusiaan dan realiti.

"Oleh itu, sekarang bukan masanya untuk Yasmin meninggalkan kita semua. Dia masih mempunyai banyak perkara untuk disumbangkan.

"Dalam aspek-aspek tertentu, Malaysia tidak akan sama lagi tanpa Yasmin dan buah tangannya," kata Acha.

Dalam sidang akhbar itu, Acha turut menyentuh tentang maklumat salah yang dilaporkan oleh pihak media.

Katanya, media terbabit terlalu cepat membuat andaian bahawa Yasmin telah meninggal dunia sedangkan denyutan nadinya lemah ketika itu sangat lemah.

Sementara itu, Acha juga berkata, Yasmin amat menyayangi ibu bapanya kerana dia sedang membina sebuah rumah untuk mereka di Langkawi.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan