Siti Nurhaliza: Saya bantu Yasmin apa yang termampu

Diterbitkan: Khamis, 23 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datuk Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Khalid Mohd Jiwa ketika ditemui di luar bilik Yasmin Ahmad dirawat. - foto UTUSAN
Datuk Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Khalid Mohd Jiwa ketika ditemui di luar bilik Yasmin Ahmad dirawat. - foto UTUSAN

PETALING JAYA: "Saya hanya bantu apa yang termampu. Semoga keadaan Yasmin makin baik," kata Datuk Siti Nurhaliza berhubung keadaan pengarah terkenal, Yasmin Ahmad yang dilaporkan jatuh pengsan ketika sesi perbincangan di TV3, petang tadi.

Siti yang turut berada bersama Yasmin di bilik perbincangan itu berkata, dia bersama doktor TV3, Dr. Rohaya telah cuba memberi bantuan pernafasan (CPR) kepada Yasmin setelah pengarah itu didapati tidak sedarkan diri.

"Ketika Yasmin melakukan pembentangan, tiba-tiba dia duduk dan berkata dia merasa kurang sihat dan menekupkan mukanya ke meja.

"Kami semua pada masa itu ingat Yasmin cuba untuk mengingati sesuatu berkenaan pembentangannya, tetapi selepas lima saat dia masih tidak bangun.

"Kami semua yang mula risau pergi berhampiran Yasmin dan cuba gerakkan dia, tetapi tiada tindak balas," jelas Siti yang merupakan bekas Duta Muhibah Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM).

Jelas Siti juga, selepas mendapati tiada tindak balas dari Yasmin, mereka memutuskan untuk membaringkan Yasmin ke lantai bagi memberi ruang udara.

"Kami memutuskan untuk membaringkan Yasmin ke lantai kerana ketika itu Yasmin seperti sesak nafas dan tercungap-cungap.

"Siti dan Dr. Rohaya memberikan bantuan pernafasan dan saya cuba menekan-nekan dada Yasmin selepas itu. Kemudian dia dibawa ke hospital dan apa yang ajaibnya, setibanya Yasmin di hospital dia mula memberi tindak balas dan boleh bernafas," jelas beliau ketika ditemui di luar bilik Yasmin dirawat.

Menurut penyanyi popular ini, perbincangan yang di buat di TV3 itu melibatkan empat orang staf dari pihaknya termasuk suaminya, Datuk Khalid Mohd Jiwa atau Datuk K, Yasmin, Datuk Farid Ridzuan dan Puan Farisha.

Tambahnya, ketika itu, mereka sedang membincangkan tentang sebuah projek usahasama yang akan dikendalikan bersama kelak.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan