Roslin sedia batalkan saman RM50,000 jika Faizah pulangkan hantaran

Diterbitkan: Khamis, 23 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Roslin menjelaskan, dia membuat keputusan untuk menyaman Faizah setelah mendapatkan nasihat peguamnya, Roslizam Rahim dalam masa dua minggu selepas kes cerainya berakhir pada Mei lalu dan bukannya atas pengaruh orang lain.
Roslin menjelaskan, dia membuat keputusan untuk menyaman Faizah setelah mendapatkan nasihat peguamnya, Roslizam Rahim dalam masa dua minggu selepas kes cerainya berakhir pada Mei lalu dan bukannya atas pengaruh orang lain.

“SAYA bersedia untuk membatalkan saman tu jika dia (Faizah) pulangkan hantaran tetapi tengoklah macam mana..,” kata pemain badminton negara, Roslin Hashim yang bersedia untuk membatalkan saman RM50,000 terhadap bekas isteri, Faizah Mohammad yang dikahwininya selama 12 hari itu.

Kata Roslin, saman itu dikemukakan sebagai tuntutan ‘malu’ terhadap apa yang dilakukan oleh Faizah dan ganti rugi terhadap belanja serta kos perkahwinan yang dikeluarkan sebelum ini.

Jelasnya lagi, jika Faizah memulangkan hantaran terlebih awal mungkin isu saman ini tidak akan wujud.

“Kalau dari awal tahu tentang benda ni, terus je la bagi hantaran tu tetapi lepas cerai sehingga sekarang dia tidak pernah menghubungi dan berhasrat untuk memulangkan hantaran yang saya berikan.

“Sekurang-kurangnya kalau dia minta maaf dari awal selepas kami bercerai sebelum ini pun saya akan halalkan hantaran itu secara automatik.

“Dalam hati memang saya dah niat macam tu dan isu ini tidak akan timbul kerana saya tidak sezalim itu,” ujar Roslin atau nama sebenarnya, Muhammad Roslin Hashim.

Roslin menjelaskan, dia membuat keputusan untuk menyaman Faizah setelah mendapatkan nasihat peguamnya, Roslizam Rahim dalam masa dua minggu selepas kes cerainya berakhir pada Mei lalu dan bukannya atas pengaruh orang lain.

“Saya nak buat tuntutan saman kerana tiada persetubuhan dan setelah meminta nasihat peguam, dia (Roslizam) memberitahu dalam undang-undang (syariah) ada memaklumkan tentang hal itu.

“Mengikut adat, dia juga sepatutnya memulangkan hantaran itu.

“Saya nak tuntut hak saya. Saya kahwin tak dapat apa-apa tetapi apa yang dia bagi kepada saya?

“Mungkin orang akan mempertikaikan apa yang saya lakukan ini dan fikir takkan saya nak ambil balik (hantaran) seperti saya menganiayanya...tetapi saya bukan berdendam,” jelas Roslin.

Menurutnya, saman berkenaan akan difailkan sejurus dia memperoleh surat pembatalan pernikahan yang kini belum dikeluarkan Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.

“Memang saya nak failkan saman ni secepat mungkin sejak kes cerai kami selesai pada bulan Mei lalu tetapi pihak Mahkamah memaklumkan yang kami perlu menunggu surat pembatalan (cerai) dalam masa dua minggu selepas itu.

“Tapi, sampai sekarang dah dua bulan saya tunggu tapi tetap belum menerimanya.

“Peguam saya kata surat itu lambat diberikan kerana pihak Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya sedang menunggu untuk mendapatkan tandatangan Hakim Syarie untuk pembatalan cerai,” katanya yang ingin berkahwin dengan pasangan pilihan sendiri.

Namun dia tidak menolak seandainya produser Raja Azmi ingin mencarikan jodoh untuknya lagi.

“Saya tak serik kalau Kak Raja nak perkenalkan dengan sesiapa lagi tapi lepas hal ini berlaku dia pula yang serik..,” akhirinya yang sedang merancang untuk bersara secara tidak rasmi.

Roslin berkata dia sedang sibuk melatih lima hingga enam pemain badminton junior Kelab Nusa Mahsuri.

“Saya masih bermain badminton tetapi sudah tidak aktif seperti dulu,” tuturnya.

Faizah sedia pulangkan hantaran

Dalam pada itu, Faizah ketika dihubungi, berkata dia bersedia untuk memulangkan hantaran kepada Roslin jika bekas suaminya itu datang ke rumahnya secara baik.

“Saya akan pulangkan hantaran kalau dia nak pada bila-bila masa.

“Kalau boleh, saya nak dia datang dan selesaikan hal ini secara baik dengan berjumpa keluarganya seperti mana dia datang merisik dan melafaz cerai dulu,” katanya yang terkejut apabila mendapat tahu tentang isu saman itu melalui sebuah akhbar.

Bagaimanapun, dia enggan memberikan komen mengenai perkara itu.

“Mungkin saya akan minta nasihat dan berbincang terlebih dahulu dengan peguam.

“Saya tak nak komen dulu kerana mahu ‘study’ kes ini dulu.

“Saya hanya berserah buat masa ini lagipun kes cerai baru reda. Saya anggap ia sebagai ujian,” jawabnya yang bekerja sebagai Eksekutif Operasi di salah sebuah syarikat di Puchong.

Roslin dan Faizah mula berkenalan sejak Hari Raya Haji pada tahun 2005 di rumah Raja Azmi.

Selepas ditunangkan pada 1 November tahun lalu, Faizah mula rapat dengan Roslin dan mula keluar berdua sebelum bernikah pada 30 Januari lalu.

Perkahwinan Roslin dan Faizah telah menimbulkan kontroversi apabila Roslin mengaku melafazkan cerai terhadap isterinya selepas 12 hari mereka bernikah.

Berikutan itu, Faizah telah memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya manakala Roslin juga berbuat demikian di Mahkamah Rendah Syariah yang sama.

Roslin dan Faizah telah bercerai secara talak 'Bain Sughra' dengan satu talak pada 12 Mei lalu.

Talak 'Bain Sughra' adalah talak yang telah diucapkan oleh suami kurang daripada tiga kali tetapi pasangan tidak boleh rujuk semula melainkan dengan pernikahan yang baru walaupun isterinya di dalam edah.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan