Rakan artis doa agar Yasmin Ahmad selamat dari fasa bahaya

Diterbitkan: Khamis, 23 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dafi
Dafi

KENALAN juga rakan artis turut bergegas ke Hospital Pakar Damansara sebaik mendapat berita yang pengarah Yasmin Ahmad telah dimasukkan ke wad ICU setelah mengalami sesak nafas.

Antara mereka yang menziarah Yasmin ialah diva pop Datuk Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Khalid Mohd Jiwa, Presiden Mercy Malaysia Datuk Dr Jemilah Mahmood, penyanyi Adibah Nor, Jaclyn Victor, Dafi, Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif TV3 Datuk Farid Jamaluddin dan produser filem indi James Lee, Ho Yuhang, Pete Teo dan Liew Seng Tat.

Afdlin Shauki

"Saya sedang bermesyuarat semasa menerima SMS daripada staf TV3. Lepas itu, saya terus meminta kebenaran meninggalkan mesyuarat dan bergegas ke sini (Hospital Pakar Damansara).

"Saya benar-benar terkejut kerana dia kelihatan sihat dan tenang. Bagaimanapun, ahli-ahli keluarganya memberitahu dia mempunyai sejarah penyakit darah tinggi."

Afdlin menyifatkan perhubungan mereka begitu rapat. Malah Yasmin sering menawarkan beliau peluang mengarah dalam iklan Petronas dan sebagainya.

Jaclyn Victor

"Tiba-tiba semua orang bercakap tentang Yasmin Ahmad. Saya menerima banyak SMS.

"Berita ini memang mengejutkan semua orang terutama saya. Untuk mendapatkan kepastian, saya bergegas ke sini.

"Saya berdoa agar dia selamat daripada fasa bahaya ini... Jac yakin mak (Yasmin) akan cepat sembuh."

Fatimah Abu Bakar

"Saya mengetahui berita berkenaan Yasmin pada pukul 4 petang melalui seseorang daripada TV3 yang mengatakan Yasmin pengsan.

"Dia seorang yang kuat bekerja... suka bekerja, dia hanya akan tertekan jika tiada kerja dia nak buat."

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan