Filem Michael Jackson dalam proses

Diterbitkan: Rabu, 22 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rakaman gambar daripada footage latihan Michael Jackson di Staples Center, Los Angeles, pada 23 Jun 2009 - foto AP
Rakaman gambar daripada footage latihan Michael Jackson di Staples Center, Los Angeles, pada 23 Jun 2009 - foto AP

SEBUAH filem Hollywood yang bakal menggunakan visual atau 'footage' sesi latihan Michael Jackson bersempena dengan siri konsertnya di London dijangka akan ditayangkan pada akhir tahun ini.

Menurut laporan, Sony Pictures hampir bersetuju dengan kontrak 50 juta dolar untuk hakcipta seluruh dunia bagi hampir 80 jam footage yang memaparkan sesi latihan MJ sebelum kematiannya.

Difahamkan, AEG Entertainment, syarikat yang memiliki material tersebut dan merupakan tulang belakang di sebalik rancangan siri konsert MJ itu telah menyiarkan footage tersebut di hadapan eksekutif studio Hollywood minggu lalu.

Pelbagai laporan turut mengatakan bahawa Kenny Ortega yang merupakan koreografer untuk konsert This Is It itu dan pengarah filem High School Musical dijangka akan mengarah filem ini.

Setakat ini, hanya sedikit saja sedutan daripada sesi latihan konsert MJ itu didedahkan kepada umum.

Footage yang dikeluarkan pada 2 Julai lalu memaparkan MJ sedang membuat latihan menyanyi dan menari di Staples Center, Los Angeles, dua hari sebelum kematiannya.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan