Paul Moss tetap setia dan serasi dengan isteri tercinta

Diterbitkan: Selasa, 21 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pengacara Anugerah ke-13 'Power Vocal Award': Paul Moss (kiri) dan Syafinaz Selamat. -foto THE STAR oleh MOHD. SAHAR MISNI
Pengacara Anugerah ke-13 'Power Vocal Award': Paul Moss (kiri) dan Syafinaz Selamat. -foto THE STAR oleh MOHD. SAHAR MISNI

TIGA musim berturut-turut gandingan pengacara Paul Moss dan Syafinaz Selamat berjaya menyerikan program realiti hiburan One In A Million (OIAM).

Mereka berdua sering digabungkan penerbit program hiburan itu walaupun kadang-kala 'bertengkar' ibarat "suami-isteri".

Perbalahan positif tersebutlah yang menjadi perencah istimewa program sedemikian laksana perisa dalam makanan.

Keserasian mereka sudah terang lagi bersuluh, memang wujud. Ada elemen 'yin-yang' yang saling menarik dan ditarik.

Keserasian mereka dibuktikan menerusi pencalonan bagi kategori anugerah "best on screen chemistry" dalam The Shout! Awards yang baru melabuhkan tirai, Jumaat lalu.

Meskipun tewas di tangan karakter kartun Upin dan Ipin, tidak dapat disangka keserasian begitu menebal pada pasangan hos Paul Moss-Syafinaz Selamat ini.

"Saya perlu tegaskan di sini perhubungan kami berdua berdasarkan profesionalisme.

"Saya sangat seronok bekerjasama dengan Syafinaz - kami saling menghormati dan kami gembira mengacara program bersama-sama," kata Paul Moss ketika ditemui semasa pasca-parti The Shout! Awards baru-baru ini.

Hakikatnya, desas-desus mengenai wujudnya perhubungan romantis antara Paul-Syafinaz itu bertiup kencang ekoran kesamaannya dalam kes penyanyi nasyid dan penceramah bebas, Ustaz Akhil Hayy dan penyanyi serta pelakon Waheeda.

Sebelum ini pun, Akhil dan Waheeda sering menepiskan apa-apa perhubungan romantis. Bagaimanapun, kesudahannya bekas isteri Akhil iaitu Maizawati Zainal mengakui suaminya memang mempunyai hubungan dengan Waheeda.

Kata orang, jika angin tidak bertiup, masakan pokok bergoyang. Pun begitu, terbukti Paul masih setia dan romantis dengan isterinya.

Ini teserlah menerusi jawapannya yang tepat, padat dan tanpa sebarang keraguan.

"Tolong...Saya telah berkahwin dengan isteri saya hampir 10 tahun," kata Paul sambil menambah mereka masih belum dikurniakan cahaya mata.

Walaupun Paul mengakui keserasiannya dengan Syafinaz dalam program OIAM, dia tidak dapat menerima kenyataan Upin dan Ipin meraih anugerah "Best on screen chemistry".

"Kepalanya membenjol besar... dan mereka (Upin dan Ipin) langsung tidak bercakap. Suara mereka pun dihasilkan oleh seorang budak kecil.

"Jadi macam mana boleh timbul keserasian pada kedua kartun tersebut," soal Paul balik semasa diminta mengulas perkara tersebut semasa dan selepas The Shout! Awards.

Apa pun, anugerah keserasian tersebut bukan yang dicari-cari oleh Paul. Dia ingin serasi bersama isteri tersayangnya.

Ini kerana selepas temuramah habis, Paul tercari-cari isterinya yang hilang dari penglihatannya. Itulah kasih seorang suami!

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan