Drama masakan 'Gourmet' penuh romantis

Diterbitkan: Selasa, 21 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Gourmet akan disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat bermula 16 Julai 2009 jam 8.30 malam hanya di 8TV!

Drama bersiri ini berkisarkan tentang sebuah tempat memasak di sebuah restoran terkenal di Korea. Sung Chan (Kim Rae Won) dan Bong Joo (Kwon Oh Joong) dibesarkan dan diajar tentang masakan oleh bapa Bong Joo yang juga pemilik restoran terbabit,

Bong Joo merupakan seorang jejaka kacak yang mempunyai impian yang besar dan bercinta-cita untuk mengambil-alih perniagaan milik bapanya.

Namun harapan Bong Joo musnah apabila bapa beliau lebih menyukai dan menyenangi Sung Chan yang begitu ikhlas dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.

Sung Chan dianggap sebagai satu ancaman besar oleh Bong Joo dan Min Woo dan mereka berdua telah sepakat untuk memasang strategi untuk menjatuhkan Sung Chan.

Di dalam sebuah pertandingan masakan, Min Woo dan Bong Joo bersepakat dan merancang untuk menjatuhkan Sung Chan.

Sung Chan pula melarikan diri tanpa sebarang pesan apabila mendapat tahu dirinya telah dikhianati oleh Bong Joo dan Min Woo.

Sung Chan mula merantau dan akhirnya menjadi penjual makanan tradisional korea yang cukup lazat dan digemari ramai.

Kehidupan beliau semakin baik dan beliau akhirnya bertemu dengan Jin Soo seorang wartawan yang banyak menyokong karier beliau. Jin Soo kemudiannya jatuh cinta kepada Sung Chan.

“Gourmet pastinya menjadi pilihan mereka yang gemarkan masakan yang lazat dan yang meminati drama romantik,” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.

Antara pelakon-pelakon terkenal yang membintangi drama ini ialah Kim Rae Won, Nam Sang Mi, Kown Oh Joong, Choi Bul Am, Kim So Yeon dan Won Ki Joon.

Kepada semua peminat drama bersiri Korea, jangan ketinggalan untuk menonton Gourmet yang akan memulakan siaran pada 16 Julai 2009 jam 8.30 malam hanya di saluran 8TV.

Anda juga boleh menonton rancangan kegemaran anda melalui telefon bimbit anda dengan melayari www.mobile.8tv.com.my.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan