Dr Murray, "Bukan saya yang bunuh Michael Jackson"

Diterbitkan: Selasa, 21 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dr. Murray Conrad bergambar ketika beliau membuka Acres Homes Cardiovascular Center di Houstan. foto-AP
Dr. Murray Conrad bergambar ketika beliau membuka Acres Homes Cardiovascular Center di Houstan. foto-AP

DOKTOR peribadi Michael Jackson yang dituduh 'membunuh' idola terkenal itu hari ini tampil kehadapan membuat penafian tentang tuduhan itu.

"Saya tidak membunuhnya," kata Dr Murray.

Murray, yang dibayar sebanyak 100,000 pound sebulan oleh Michael Jackson dan telah memberi 'heart massage' (bantuan kecemasan) sebelum Michael meninggal dunia, berkata "saya adalah kambing hitam di dalam kes ini."

Banyak pihak yang mendakwa Dr Murray, 55, memberi Propofol, sejenis anestetik yang kuat kepada Michael sebelum dia meninggal.

Namun kata Dr Murray, "Saya tidak memberi apa-apa ubat yang membuat Michael meninggal. Saya lebih tahu tentang apa yang menyebabkan kematian Micahel lebih dari orang lain.

"Tapi percayalah, bukan saya yang membunuh Michael," katanya.

Bermacam-macam report mula membuat spekulasi tentang kematian Micahel yang mengejutkan itu. Kononnya, Dr Murray enggan bekerjasama dengan pihak polis sedangkan beliau sudah dua kali memberi kerjasama kepada polis.

Menurut sebuah laman web, polis LA ingin bercakap dengan Dr Murray buat kali ketiga tetapi gagal.

Website itu melaporkan, "Kami difahamkan peguam Dr Murray, Ed Chernoff memberitahu yang anak guam mereka tidak mahu bercakap dengan polis."

Tapi kata Dr Murray, dia telah memberi kerjasama kepada polis.

"Tekanan kepada saya cukup besar. Tapi saya betul-betul tidak tahu bagaimana Michael mati. Saya telah memberi kerjasama dari mula dan akan terus melakukan itu."

Dr Murray kini berada di Houston, Texas di mana dia mempunyai sebuah klinik dan tempat keluarganya berada.

Ed Chernoff berkata, "Tidak ada fakta yang kukuh tentang pendakwaan ini. Dr Murray tidak bersalah sehinggalah dia disabitkan kesalahan. Dan dia tidak melarikan diri."

"Dia bersama keluarganya dan cuba untuk meneruskan kehidupannya seperti biasa."

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan