David Teo mencari Toyol yang 'lincah'?

Diterbitkan: Selasa, 21 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Produser filem David Teo memegang watak sebagai pemilik hotel dalam satu babak filem Kala Malam Bulan Mengambang.
Produser filem David Teo memegang watak sebagai pemilik hotel dalam satu babak filem Kala Malam Bulan Mengambang.

METROWEALTH (MIG) kini sedang dalam peringkat pra-produksi filem terbitan ke 36 berjudul 'Alamak… TOYOL!'

Filem bergenre komedi seram ini akan memulakan pengambaran pada 11 Ogos 2009.

Idea menghasilkan filem ini adalah apabila drama bersiri e-toyol.com yang ditayangkan di slot Lagenda TV3 dan TV9 mendapat perhatian yang baik di kalangan penonton.

Metrowealth (MIG) membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk sessi uji bakat dan menempatkan diri dalam dunia hiburan tanahair.

Sememangnya pihak MIG sentiasa berusaha menyediakan pelapis dalam dunia lakonan bagi memastikan wajah perfileman dan drama tempatan tidak ketandusan bakat baru.

Mungkin ini adalah peluang yang dinantikan oleh mereka yang tahu ada bakat dalam diri anak-anak mereka tetapi tiada saluran untuk membuktikannya.

Metrowealth (MIG) sedang mencari kanak-kanak untuk mengisi kekosongan watak Toyol dam filem ke-36 terbitannya berjudul 'Alamak Toyol'.

Kriteria yang diperlukan adalah kanak-kanak lelaki berusia 7-11 tahun, berketinggian lebih kurang 100cm-130cm, minat dan berbakat dalam bidang lakonan serta lincah.

Kanak-kanak bertuah yang terpilih akan bersama-sama pelakon terkenal tanahair untuk menjayakan filem ini.

Kepada mereka yang berminat bolehlah menghantar gambar penuh dan profil kepada azahari@mwig.com atau menghubungi 03-80233299 (Elyssa atau Ana).

Sesi uji bakat akan diadakan dan sila rujuk akhbar-akhbar tempatan.

Sekarang ini, Metrowealth (MIG) sedang dalam lokasi untuk menyiapkan filem ke-35 berjudul 'ZOO' yang membariskan Lan Pet-Pet, Lisa Surihani, Azlee jaafar, Angah Raja Lawak, Bob Lokman dan ramai lagi sebagai pelakon.

Senario The Movie Episode 2: Beach Boys akan ditayangkan pada 19 November manakala Santau juga akan ditayangkan hujung tahun ini.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan