Zaharmirzuan dan Noor Amira Johan Bintang Asli Remaja

Diterbitkan: Isnin, 20 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Zaharmirzuan Azlan (kiri) dan Noor Amira Mohd Rahim menunjukkan trofi kemenangan masing-masing setelah dinobatkan sebagai juara bagi kategori lelaki dan wanita Pertandingan Akhir Bintang Asli Remaja Kebangsaan 2009 di Auditorium Perdana Angkasapuri di sini, semalam. -foto BERNAMA
Zaharmirzuan Azlan (kiri) dan Noor Amira Mohd Rahim menunjukkan trofi kemenangan masing-masing setelah dinobatkan sebagai juara bagi kategori lelaki dan wanita Pertandingan Akhir Bintang Asli Remaja Kebangsaan 2009 di Auditorium Perdana Angkasapuri di sini, semalam. -foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Peserta dari Sarawak Zaharmirzuan Azlan, 18, dan peserta dari Kuala Lumpur Noor Amira Mohd Rahim, 19, muncul juara dalam kategori lelaki dan wanita pertandingan akhir Bintang Asli Remaja Kebangsaan 2009 di Auditorium Perdana Angkasapuri semalam.

Mereka menerima piala pusingan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, wang tunai RM10,000, piala iringan serta sijil.

Persembahan terbaik pula dimenangi oleh peserta dari Melaka Zarith Shuhada Mohd Yasin, 18, yang menerima wang tunai RM2,000 beserta piala dan sijil. Beliau juga memenangi tempat kedua kategori wanita pertandingan itu yang membawa pulang wang tunai RM8,000, piala dan sijil.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan isteri Datin Seri Masnah Rais hadir pada majlis itu dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Seramai 12 orang peserta masing-masing bagi kategori lelaki dan wanita berentap pada pertandingan akhir itu dan disiarkan secara langsung menerusi saluran RTM2.

Beberapa orang artis jemputan turut membuat persembahan antaranya termasuk Noraniza Idris, Haziq dan Adibah Noor.

Pertandingan Bintang Asli Remaja telah diadakan sejak 1996. Antara artis yang telah dilahirkan adalah Syura, Siti Nordiana dan Dayang Nurfaizah. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan