Leona bekerjasama dengan bekas guru tari Michael Jackson

Diterbitkan: Isnin, 20 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Leona Lewis akan menggunakan khidmat bekas guru tarian Michael Jackson untuk konsertnya. - foto AP
Leona Lewis akan menggunakan khidmat bekas guru tarian Michael Jackson untuk konsertnya. - foto AP

LEONA Lewis kini bekerjasama dengan bekas guru tarian Michael Jackson, Travis Payne, untuk konsert jelajahnya yang akan berlangsung selama 14 bulan. Penyanyi yang berumur 24 tahun itu sedang dalam peringkat akhir untuk menguruskan konsertnya selain bersedia untuk sesi rakaman album keduanya di Los Angeles. Bos di syarikat rakamannya, Simon Cowell, juga memberi minat yang penuh dalam mengatur susunan bagi konsert tersebut.

Payne yang merupakan koreografer untuk konsert 'This Is It' Michael, akan membantu dia (Leona) dari segi gerak tarian dan perbincangan turut dijalankan bersama Franco Dragone, seorang pengarah kreatif yang pernah mengarah konsert-konsert besar Celine Dion. "Mengambil bakat yang terbaik dan tidak mengira apa jua kosnya hanyalah untuk memastikan konsert yang akan dijalankan ini akan terus menjadi perbualan hangat pada masa-masa akan datang," kata satu sumber.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan