Kaka (Slank) ‘dihukum’ lepas londeh seluar di APM 2009

Diterbitkan: Ahad, 19 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Amin Husen memohon maaf mewakili pihak penganjur atas tingkahlaku Kaka (Slank).
Amin Husen memohon maaf mewakili pihak penganjur atas tingkahlaku Kaka (Slank).

AKSI londeh seluar dan menunjukkan punggung yang ditulis ‘Bombers kiss my...’ oleh salah seorang anggota kumpulan Slank dari Indonesia, Kaka sambil memakai jaket terbuka sehingga mendedahkan dadanya mengejutkan ramai penonton ketika menyaksikan Anugerah Planet Muzik (APM) 2009 yang disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria, semalam.

Insiden itu turut membuatkan kira-kira 5,000 penonton termasuk pihak penganjur, Media Corp. Radio - Ria 89.7FM dan Warna 94.2FM - serta Beyond Events Sdn. Bhd. terpana di Pusat Konvensyen Jakarta (JCC), Senayan.

Menurut Pengarah Urusan Beyond Events Sdn. Bhd., Amin Hussen, selaku pihak penganjur mereka memohon maaf atas perkara yang berlaku.

Justeru, pihak penganjur akan meminta pihak yang bertindak mengendalikan produksi TV, Global TV untuk memberikan penjelasan dan membuat tindakan berhubung hal itu.

“Saya rasa budaya antara Indonesia, Singapura dan Malaysia agak berlainan, jadi mungkin mereka (orang Indonesia) dah biasa sangat dengan perkara seperti ini tetapi ia tidak disenangi oleh orang Malaysia dan Singapura.

“Sebagai penganjur, kami ingin memohon maaf kerana ia di bawah kawalan kami dan memang tidak menjangkakan hal seperti itu akan berlaku.

“Masa sesi raptai pun dia (Kaka) tidak membuat perkara seperti itu.

“Kami juga menantikan pihak Global TV untuk memberikan penjelasan mengenai hal itu dan apakah tindakan yang akan diambil esok,” ujar Amin ketika dihubungi hari ini.

Jelas Amin, dia menganggap ‘aksi luar biasa’ itu sebagai cara Kaka untuk melepaskan geram kepada pengebom yang meletupkan Hotel JW Marriot dan Ritz-Carlton, Jakarta, pada Jumaat lalu.

“Apa yang berlaku atas pentas itu mungkin meluahkan rasa marah dan geram kepada semua pengebom dan untuk menyampaikan mesej kepada pihak-pihak penganas bahawa mereka tidak takut dengan apa yang dilakukan.

“Mungkin juga dia (Kaka) rasa malu dengan tetamu dari Singapura dan Malaysia yang menghadiri APM,” tambah Amin.

Ujarnya, atas sebab yang berlaku terus pihak penganjur memantau gerak geri Kaka termasuk ketika dia naik ke pentas untuk menerima anugerah kategori Lagu Paling Popular Indonesia (berdasarkan muat turun) menerusi lagu ‘Kul Cinta’.

“Selepas itu, kami terus arahkan dia memakai baju dan tidak memberikan peluang dia memberikan ucapan sebab kita takut dia akan mengulangi perkara yang tidak menyenangi hati masyarakat Malaysia dan Singapura.

“Takkan kami nak biarkan sahaja apa yang dia lakukan kerana kita telah bekerja keras untuk mementaskan APM 2009,” jawabnya.

Walaupun apa yang dilakukan oleh Kaka itu telah mencemarkan majlis, Amin tetap berpuas hati dengan sambutan yang diberikan oleh pihak tuan rumah, Indonesia.

“Saya berasa terharu pada mulanya kerana pihak Indonesia menyambut kedatangan artis Malaysia dan Singapura dengan baik seperti yang kita saksikan dari segi persembahan muzik dan kata-kata aluan.

“Saya bangga walaupun ada cabaran dari pengeboman itu, tetapi semua pihak memberikan kerjasama 100 peratus untuk memastikan majlis ini berjalan lancar serta keselamatan artis dan krew.

“Terima kasih juga kepada pihak Global TV sebab memastikan rancangan ini dapat dilakukan,” luahnya.

Potong persembahan artis sebab ‘kejar masa’

Diikutkan, majlis itu berlangsung selama tiga jam di JCC tetapi hanya disiarkan selama dua jam di Astro Ria dan Media Corp. (Singapura).

Menurut Amin, mereka terpaksa memotong beberapa persembahan artis sehingga ditunjukkan terlalu singkat di saluran Astro Ria dan Media Corp. kerana bimbang sekiranya melebihi waktu siaran yang ditetapkan.

“Semua artis yang sepatutnya membuat persembahan seperti Dafi memang ada menyanyi semalam sewaktu dekat penghujung APM kerana ‘show’ berlangsung selama tiga jam tetapi sebab risau ‘over run’, kami tidak dapat siarkannya.

“Begitu juga dengan persembahan tiga artis iaitu Reshmonu, Bunga Citra Lestari dan Yovie & Nuno yang terpaksa disiarkan sekejap sahaja,” jelasnya tentang persembahan artis Malaysia, Indonesia dan Singapura yang diiringi oleh pengarah muzik orkestra, Oni Krisnanta itu.

Amin juga berkata APM akan diteruskan pada tahun hadapan dan berkemungkinan besar dilakukan di Singapura bersesuaian dengan ulang tahun APM yang ke-10.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan