Janet Jackson tampil ke depan untuk menjaga anak-anak Michael

Diterbitkan: Ahad, 19 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

(Dari kiri ke kanan) Janet Jackson, Paris Jackson, Prince Michael Jackson II (Blanket), La Toya Jackson, Jermaine Jackson dan Prince Michael Jackson I ketika di atas pentas pada majlis 'memorial' Michael Jackson di Staples Center Los Angeles pada 7 Julai 2009. - foto REUTERS
(Dari kiri ke kanan) Janet Jackson, Paris Jackson, Prince Michael Jackson II (Blanket), La Toya Jackson, Jermaine Jackson dan Prince Michael Jackson I ketika di atas pentas pada majlis 'memorial' Michael Jackson di Staples Center Los Angeles pada 7 Julai 2009. - foto REUTERS

KETIKA anak perempuan Michael, Paris, memberi penghormatan yang penuh dengan tangisan di Memorial ayahnya, dapat dilihat ketika itu makciknya, Janet, tampil dengan memeluk Paris dan menenangkannya sambil memberi kata-kata semangat.

Selepas tiga minggu kematian Michael, Paris, abangnya Prince dan Blanket seringkali berjumpa dengan Janet untuk bermanja, mendapatkan kasih sayang serta mengadu.

Menurut rakan kepada keluarga itu, ianya tidak menghairankan jika penyanyi itu kini memutuskan mahu menjaga anak-anak Michael.

"Dia(Janet) telah menjadi tempat untuk kanak-kanak ini mengadu kasih. Apa yang jelas kanak-kanak ini seperti mengharapkan keselesaan dan bimbingan dari Janet."

Menurut satu sumber juga, tiada keraguan juga jika kanak-kanak itu mahu makcik mereka menjaga mereka.

"Kanak-kanak itu seperti selesa beraad dalam pelukan Janet," tambah sumber itu.

Janet turut dilihat sebagai penjaga kepada anak-anak Michael yang paling sesuai kerana sikapnya yang sama seperti Michael. Dia (Janet) seboleh-bolehnya akan memastikan kanak-kanak ini berada jauh dari pandangan orang awam.

"Janet tahu menilai erti kehidupan peribadi daripada ingin dijadikan bahan berita," jelas satu sumber.

"Dia(Janet) melakukan semua ini hanya untuk anak-anak Michael. Janet juga mengatakan dia(Michael) juga akan melakukan perkara yang sama jika dia masih hidup. Janet merupakan tulang belakang kepada keluarga ini."

Di dalam wasiatnya, Michael mahu ibunya, Katherine, 79, menjaga kanak-kanak itu. Tetapi dia(Michael) bimbang akan kesihatan ibunya akan terjejas untuk menjaga kanak-kanak yang aktif.

Janet secara sukarelanya memberitahu ahli-ahli keluarganya: Saya akan membesarkan kanak-kanak ini jika mereka mahu saya membesarkan mereka."

Janet yang pernah berkahwin dan bercerai sebanyak dua kali, tidak pernah mempunyai anak sendiri. Janet juga dilaporkan telah berpisah dengan teman lelakinya, Jermaine Dupri, 36, baru-baru ini.

Prince, 12, Paris, 11 dan Blanket yang berumur tujuh tahun kini menetap di rumah keluarga Michael di Encino.

"Kanak-kanak ini nampaknya gembira jika dibandingkan dengan apa yang telah mereka lalui tiga minggu lepas," menurut satu sumber.

Dalam wasiat Michael pada tahun 2002, dia mahu kawan lamanya, Diana Ross yang juga seorang penyanyi untuk mengantikan tempat ibunya membearkan anak-anaknya jika apa-apa berlaku ke atas ibunya.

Tetapi penasihat spiritual Michael, Jun Rev Gatlin mengatakan Michael seperti telah mengubah fikirannya.

"Pada 13 April, kami berbincang jika sesuatu berlaku kepada ibunya, Michael mahu Janet menggantikan tempat ibunya untuk membesarkan anak-anaknya.

"Michael amat menyayangi Janet. Michael juga sangat mempercayai Janet," kata Gatlin.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan