Doktor peribadi Michael Jackson disiasat pihak polis

Diterbitkan: Ahad, 19 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dr Conrad Murray yang merupakan doktor peribadi Michael jackson kini menjadi suspek utama dalam kes kematian Michael. - foto AP
Dr Conrad Murray yang merupakan doktor peribadi Michael jackson kini menjadi suspek utama dalam kes kematian Michael. - foto AP

PEGAWAI penyiasat yang mengendalikan kes kematian Michael Jackson kini sedang menyiasat doktor peribadi Michael.

Dr. Conrad Murray telah menjadi doktor peribadi kepada Michael sejak beberapa bulan lalu sebelum kematiannya, telah disoal siasat oleh pihak polis sebanyak dua kali.

Murray dikatakan telah membuat kenyataan menunjukkan ada sesorang yang bersalah dalam kes ini dan dipercayai pihak polis menyiasat kes kematian penyanyi ini sebagai kes pembunuhan.

Pihak polis telah menjadikan Murray sebagai suspek utama dalam kes ini, menurut sebuah laman web.

Terdapat bukti yang menunjukkan Murray mempunyai kaitan dengan 'Propofol', iaitu sejenis dadah yang telah membunuh Michael. Dadah itu telah dijual menggunakan jenama Diprivan, iaitu sejenis ubat pelali yang kebiasaannya digunakan di hospital sahaja. Michael yang menderita akibat penyakit insomnia yang kronik, telah diberi dadah tersebut menerusi titisan IV(pemberian bahan cecair secara langsung ke dalam badan) untuk membantunya tidur.

Seorang pakar bius berkata: "Menggunakan dadah ini untuk penyakit insomnia adalah sama seperti menggunakan selaras senapang patah untuk membunuh seekor semut.”

Pihak polis yang menggeledah rumah sewa Murray pada kali pertama tidak menjumpai sebarang bahan bukti yang diperlukan. Namun setelah menyoal siasat Murray, pihak polis pergi untuk kali yang kedua dan menemui dadah tersebut bersama sebuah tangki oksigen.

Doktor yang telah memberi Michael dadah jenis 'Propofol' biarpun mengetahui bahaya dadah itu mungkin akan didakwa dengan tuduhan atas melakukan pembunuhan peringkat kedua atau tuduhan atas membunuh orang.

Menurut satu sumber yang berkata: "Kenyataan Murray kepada pihak polis yang menyatakan ada seseorang yang bersalah dalam kes ini ibarat mendedahkan lagi penglibatannya dalam kes ini.

"Beberapa anggota penguatkuasa undang-undang juga terkejut dengan kenyataan yang telah diberi oleh Murray.

"Pihak polis Los Angeles juga telah mula menyiasat kes ini sebagai kes pembunuhan. Menurut sumber dari pihak penguatkuasa undang-undang juga telah menyatakan bukti yang ada cukup jelas menunjukkan 'Propofol' adalah sebab utama jantung Michael berhenti berdenyut pada hari kejadian.

"Mereka juga mengatakan telah mempunyai bukti kukuh yang mengaitkan Murray sebagai perancang kematian Michael."

Murray juga memberitahu pihak polis, dia tidak membuat panggilan kecemasan 911 serta-merta kerana dia tidak tahu alamat rumah Michael.

Peguam Murray, Ed Chernoff berkata: "Dr Murray tidak merancang sebarang pembunuhan yang menyebabkan kematian Michael."

Pihak polis Los Angeles menyatakan pihak mereka tidak boleh menyiasat kes kematian Michael secara rasminya sebagai kes pembunuhan kerana keputusan bedah siasat yang dijalankan masih belum diketahui.

Keputusan bedah siasat ini dijangka akan dikeluarkan minggu depan.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan