Abang MJ, Tito menolak perancangan menubuhkan Jackson 3

Diterbitkan: Ahad, 19 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tito Jackson tidak menghalang minat anak-anak Michael jika mereka mahu menjadi penyanyi seperti bapa mereka. - foto AP
Tito Jackson tidak menghalang minat anak-anak Michael jika mereka mahu menjadi penyanyi seperti bapa mereka. - foto AP

ABANG Michael Jackson, Tito menafikan laporan yang mengatakan ayahnya, Joe sedang mendidik cucu-cucunya untuk dijadikan sebuah kumpulan nyanyian baru yang dipanggil Jackson 3.

Menurut satu laporan, Joe kini sedang bersedia untuk mengubah Prince, 12, Paris, 11, dan Blanket, tujuh tahun, menjadi sebuah kumpulan nyanyian dan tarian yang dipanggil Jackson Three.

Bagaimanapun, Tito berkeras mengatakan bapanya tidak mempunyai apa-apa perancangan untuk memaksa kanak-kanak ini menceburi bidang hiburan.

"Bapa saya tidak mempunyai apa-apa tujuan untuk menjadikan kanak-kanak ini sebuah kumpulan nyanyian," katanya kepada satu sumber.

"Dia(Michael) telah berada dalam bidang ini dan berjaya dalam bidang ini. Anak-anak Michael akan dibenarkan untuk menjadi apa yang mereka mahu selagi ia membawa kebaikan kepada diri mereka dan dunia. Mereka tidak akan dipaksa untuk menjadi penghibur," tambah Tito.

Tito juga mengatakan jika kanak-kanak itu mahu menjadi penyanyi seperti bapa mereka, mereka sentiasa dibenarkan untuk mencapai impian mereka.

"Kalau mereka memang memiliki bakat ini secara semulajadi, mungkin mereka akan menjadi penyanyi. Blanket adalah salah seorang yang dilihat mampu untuk menjadi penyanyi. Dia sangat menyerupai Michael," tambahnya lagi.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan