Nicole Kidman seorang yang 'pelik' kata Rubina Ali dalam autobiografinya.

Diterbitkan: Sabtu, 18 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Filem 'Australia' menampilkan Hugh Jackman dan Nicole Kidman.
Filem 'Australia' menampilkan Hugh Jackman dan Nicole Kidman.

WALAUPUN baru berusia 9 tahun, pelakon filem Slumdog Millionaire, Rubina Ali telah melakar sejarah apabila menjadi kanak-kanak pertama yang 'menulis' autobiografi.

Dalam buku tulisanya itu yang bertajuk 'Slumgirl Dreaming: Journey to the Stars', Rubina menceritakan tentang pengalamanya hidup di bandar yang sesak, Mumbai sampailah dia dibawa ke Hollywood dan kini kembali semula ke tempat asalnya.

Dia juga menceritakan tentang 'sifat pelik' Nicole Kidman.

Rubina dan Nicole sama-sama terlibat berlakon dalam satu iklan minuman ringan.

Buku setebal 192 halaman muka surat itu ditulis oleh seorang wartawan Divya Dugar, beliau telah mengikuti perkembangan Rubina sejak enam bulan lepas.

Selain bercerita tentang filem lakonanya yang berjaya memenangi anugerah Oskar itu, Rubina juga menceritakan tentang kerjaya lakonanya yang terbaru.

Rubina dilaporkan menerima bayaran yang lebih tinggi berlakon untuk iklan itu berbanding pendapatanya ketika berlakon untuk filem 'Slumdog Millionaire'.

Lokasi pengambaran untuk iklan itu dibuat di India yang turut sama melibatkan Nicole Kidman.

Dalam iklan itu Rubina kelihatan bermain dengan seorang Puteri dari India (Nicole).

Walaupun digabungkan bersama, Rubina mengaku yang dia tidak banyak mengetahui tentang pelakon Australia itu.

"Saya sangat meminati Nicole, tapi dia seorang yang pendiam dan tidak banyak bercakap."

"Mungkin dia seorang yang pemalu," kata Rubina.

Dia mengatakan Nicole seorang 'pelik' kerana takut dengan sinaran matahari.

Rubina dipilih oleh Direktor filem Slumdog Millionaire, Danny Boyle selepas satu proses uji bakat yang melibatkan ramai kanak-kanak lain

Dia diberikan watak sebagai Latika ketika zaman kanak-kanaknya yang dilakonkan oleh Freida Pinto

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan