Daniel Radcliffe teruja menjadi 'homoseksual'

Diterbitkan: Sabtu, 18 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pelakon Daniel Radcliffe ketika menghadiri tayangan perdana filem
Pelakon Daniel Radcliffe ketika menghadiri tayangan perdana filem "Harry Potter and the Half-Blood Prince" di teater Ziegfeld, New York. foto-AP

PELAKON, Daniel Radcliffe teruja orang lain menganggap dirinya homoseksual. Bintang Harry Potter itu kerap meminta kawan-kawannya yang homoseksual melayari laman web homoseksual untuk mencari gosip mengenainya.

Radcliffe, 19, mengakui orang asing selalu percaya dia adalah seorang yang homoseksual kerana personalitinya.

Bagaimanapun, dia tidak berasa terganggu dengan persepsi orang lain.

"Perasaan itu adalah luar biasa. Saya membesar di sekeliling orang homoseksual sepanjang hayat saya.

"Saya berasa teruja apabila mereka percaya saya adalah homoseksual.

"Seronok dapat menyebabkan mereka asyik berteka-teki," kata Radcliffe.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan