Tito: Prince, Paris dan Blanket anak kandung Michael 100%

Diterbitkan: Jumaat, 17 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Keluarga Jackson, dari kiri, Tito Jackson, Randy Jackson dan Jackie Jackson ketika upacara memorial Michael di Los Angeles. foto-AP
Keluarga Jackson, dari kiri, Tito Jackson, Randy Jackson dan Jackie Jackson ketika upacara memorial Michael di Los Angeles. foto-AP

HANYA satu ujian mudah sahaja diperlukan untuk membuktikan yang Michael merupakan bapa kandung kepada anak-anaknya itu, jelas abang Michael, Tito Jackson.

Menurut Tito, siapa yang ragu-ragu boleh melihat persamaan mata antara Michael dan anak-anaknya terutama sekali anak bongsunya, Blanket.

"Mereka semua adalah anak kandung Michael. Blanket yang paling ketara sekali."

"Mata seseorang tidak boleh menipu, mata mereka mirip Michael... banyak persamaan mereka dengan Michael," kata abangnya itu.

Beliau berkata dia tidak faham kenapa orang ramai masih lagi mepersoalkan perkara itu hanya disebabkan warna kulit anak-anaknya yang lebih cerah walaupun umum mengetahui yang ibu Prince dan Paris adalah Debbie Rowe, seorang berbangsa kulit putih.

"Paris dan Prince memang anak kandung Michael. Tidak bermakna mereka berkulit putih maknanya mereka bukan anak Michael.

"Bapa saudara saya berkahwin dengan seorang wanita kulit putih dan mereka mempunyai tiga orang anak, dua daripada anak mereka berkulit putih dan seorang berkulit hitam.

"Bila mereka pergi ke sekolah tiada siapa yang mengetahui mereka adalah adik beradik," katanya lagi.

"Rupa Prince sangat mirip dengan datuk saya, mereka semua adalah 100% anak kandung Michael," tegas abangnya lagi.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan