Rosma selamat lahirkan Muhammad Amzar Danish

Diterbitkan: Jumaat, 17 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Rosmayati Sidik atau Rosma, 24, selamat melahirkan bayi sulungnya, Muhammad Amzar Danish di Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, Bangi pada pukul 5.35 pagi tadi.

Isteri kepada penyanyi Khairul Nizam Wahi atau Khai ini berkata, bayi lelaki seberat 2.75 kg itu dilahirkan awal dari jangkaannya kerana dia sepatutnya melahirkan anaknya pada bulan hadapan namun kelahirannya pada hari ini (Jumaat) telah cukup 37 minggu.

“Saya rasa gembira dan teruja kerana memang saya nak anak sangat. Apabila dia berada di depan mata, perasaan tu memang lain berbanding saya melihat bayi orang lain sebelum ini.

“Saya tahu selepas ini tanggungjawab saya semakin berat memandangkan saya bukan sahaja perlu memikul tugas seorang isteri malah tugas seorang ibu.

“Harap-harap saya dapat menjadi ibu yang baik,” kata Rosma yang melahirkan anaknya secara normal.

Selepas ini, alumni Akademi Fantasia (AF) musim pertama ini berkata dia akan berpantang selama dua bulan di rumah keluarganya di Kuantan, Pahang.

Sesudah itu, dia akan menyambung kariernya dalam bidang seni suara sekaligus merakamkan single duet keduanya dengan suaminya, Khai, 30, selepas pertama kali menghasilkan single bersama menerusi lagu ‘Warna Cinta’.

Pasangan ini diijabkabulkan pada 26 April 2008 di Masjid Putra, Putrajaya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan