Polis klasifikasikan kematian Michael Jackson sebagai kes bunuh

Diterbitkan: Jumaat, 17 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Raja Pop, Michael Jackson (kanan) mempamerkan Anugerah Golden Bambi yang dimenanginya semasa majlis penyampaian anugerah 'Bambi Award' di Berlin pada 21 November 2002. Bersamanya ialah 
aktres, Halle Berry yang menerima anugerah Bambi dalam kategori Filem Antarabangsa. -foto AP
Raja Pop, Michael Jackson (kanan) mempamerkan Anugerah Golden Bambi yang dimenanginya semasa majlis penyampaian anugerah 'Bambi Award' di Berlin pada 21 November 2002. Bersamanya ialah aktres, Halle Berry yang menerima anugerah Bambi dalam kategori Filem Antarabangsa. -foto AP

JABATAN Polis Los Angeles diberitakan menyiasat kematian Raja Pop Michael Jackson sebagai satu homisid atau kes bunuh.

Menurut 'sumber dalaman polis', bukti-bukti yang diperolehi sekarang menunjukkan 'Propofol', sejenis ubat pelali, sebagai punca utama kematiannya.

Bebuli 'Propofol' ditemui di rumah Jackson selepas dia meninggal dunia secara mengejut.

Sumber-sumber pihak keselamatan menambah, terdapat banyak 'bukti-bukti kuat' mengaitkan doktor Conrad Murray memberikan ubat 'Propofol' kepada Jackson.

Sementara itu, terdapat satu bahagian filem mengenai iklan komersial Pepsi pada tahun 1984 yang menunjukkan rambut Jackson terbakar.

Ini ekoran peralatan 'pyrotechnic' yang gagal berfungsi dengan baik.

Insiden tersebut lah yang dikatakan menjadi punca kepada ketagihan Michael Jackson terhadap ubat pelali.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan