Joe nafi memukul Jackson semasa kecil

Diterbitkan: Jumaat, 17 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Skrin gergasi menunjukkan Michael Jackson (tengah) bersama ibunya, Katherine dan ayahnya, Joe. -foto AFP
Skrin gergasi menunjukkan Michael Jackson (tengah) bersama ibunya, Katherine dan ayahnya, Joe. -foto AFP

MENDIANG ayah Raja Pop, Joe Jackson menafikan yang dia telah 'membelasah' Jackson semasa dia masih kecil.

Sebagai ketua keluarga, Joe Jackson dikatakan seorang bapa yang 'kuku besi' dan mengambil peranan sebagai pengurus kumpulan pemuzik, "The Jackson 5".

Michael Jackson dalam beberapa temuramah telah mendedahkan penyeksaan oleh ayahnya malah pernah "muntah" kerana takut akan bapanya.

Bagaimanapun, Joe ketika ditemuramah oleh pengacara terkenal, Chris Connelly, menyangkal dia memukul anak-anaknya lebih teruk berbanding ibu bapa lain.

"Michael tidak pernah dibelasah seperti yang diwar-warkan. Dan setiap bapa memukul anak-anaknya sekiranya mereka nakal. Tetapi bukan membelasah," media memetik Joe sebagai berkata.

Malah Joe menegaskan isterinya, Katherine yang selalu memukul anak-anak mereka kerana dia sendiri selalu keluar untuk menjalankan perniagaannya.

"Katherine memukul Michael lebih daripada saya kerana saya bekerja dua profesion dan dia (Katherine) selalu berada di rumah bersama Michael," tambah Joe.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan