Pitt -Jolie sanggup belanja lebih 25 juta dolar beli rumah di New York

Diterbitkan: Khamis, 16 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

FILE - In this May 20, 2009 file photo, American actors 
Brad Pitt dan Angelina Jolie tiba di The 62nd International film festival in Cannes, southern France. -foto AP
FILE - In this May 20, 2009 file photo, American actors Brad Pitt dan Angelina Jolie tiba di The 62nd International film festival in Cannes, southern France. -foto AP

PASANGAN bintang Hollywood Brad Pitt dan Angelina Jolie bercadang mahu membeli aset yang termahal di New York.

"Saya mendapat tahu yang mereka bersedia untuk membelanjakan lebih dari 25 juta," kenyataan yang dipetik dari satu sumber di laman web.

Pasangan itu sebelum ini menyewa dua rumah yang berbeza bernilai $100,000 setiap bulan di bandar itu.

Mereka dilaporkan berminat terhadap Apthrop, sebuah pangsapuri di Manhattan yang dibina pada tahun 1908 dan kini diubahsuai menjadi sebuah kondominium mewah.

Pangsapuri termahal itu mempunyai 13 bilik tidur dan ruang tamu yang sangat luas berjumlah $15.5 juta.

Pasangan itu bercadang untuk membeli dua atau tiga buah kondominium di tempat itu dan ingin mengabungkanya.

Mereka sudahpun memiliki rumah di Los Angeles dan New Orleans.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan