Michael mahu Janet jaga anaknya

Diterbitkan: Khamis, 16 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Anak-anak Michael Jackson, Paris (kanan) dan Prince Michael Jackson II (Blanket), bersama makcik mereka, Janet Jackson (kiri) dan LaToya Jackson di upacara memperingati Michael Jackson di The Staples Center, Los Angeles, California, pada 7 Julai, 2009. -foto REUTERS
Anak-anak Michael Jackson, Paris (kanan) dan Prince Michael Jackson II (Blanket), bersama makcik mereka, Janet Jackson (kiri) dan LaToya Jackson di upacara memperingati Michael Jackson di The Staples Center, Los Angeles, California, pada 7 Julai, 2009. -foto REUTERS

MENURUT satu laporan, lagenda Pop Michael Jackson mahu kakaknya Janet menjaga tiga orang anaknya.

Sebuah laman web melaporkan yang Michael sebenarnya bersedia untuk menandatangani satu perjanjian yang akan meletakan kakaknya sebagai penjaga kepada ketiga-tiga anaknya iaitu, Prince Michael I, 12, Paris, 11, dan Prince Michael II, 7.

"Janet merupakan orang yang selalu beliau bersembang bersama dan dia akan pastikan anak-anaknya selalu berdampingan dengan kakaknya itu."

"Dia mempercayai Janet sepenuhnya," lapor sebuah sumber.

"Ketika Michael sedang menghadapi masalah kesihatan, dia selalu bertanya kepada Janet adakah kakaknya itu akan menjaga dan melayan anak-anaknya itu dengan baik."

"Kakaknya menjawab sudah tentu," tambah sumber itu lagi.

Namun dalam surat wasiat Michael yang ditulis pada tahun 2002, dia menamakan ibunya Katherine sebagai penjaga kepada anak-anaknya.

Walaubagaimanapun keluarga Jackson lebih cenderung supaya Janet yang menjaga anak-anak Michael kerana bimbang dengan umur ibu mereka yang sudah meningkat itu akan menyebabkan dia tidak mampu menjaga anak Michael dengan baik.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan