Liz Taylor terlalu sedih kehilangan Michael hingga jatuh sakit

Diterbitkan: Khamis, 16 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Foto bertarikh 25 January 1993 menunjukkan aktres Elizabeth Taylor (kiri) dan Michael Jackson memegang satu daripada  dua anugerah yang dimenangi Raja Pop di The American Music Awards, Los Angeles, California. -foto AFP
Foto bertarikh 25 January 1993 menunjukkan aktres Elizabeth Taylor (kiri) dan Michael Jackson memegang satu daripada dua anugerah yang dimenangi Raja Pop di The American Music Awards, Los Angeles, California. -foto AFP

BINTANG lagenda hollywood, Elizabeth Taylor sangat sedih dan dukacita dengan kematian Michael Jackson sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital.

Elizabeth, 77, di bawa dari rumahnya ke klinik di Los Angelas Isnin lepas, lapor kawanya Cindy Adams.

Elizabeth bertambah sedih apabila tidak dapat menghadiri upacara pengebumian Michael kerana berlaku pergaduhan diantara beliau dan keluarga Jackson.

"Mereka menghalang Elizabeth daripada menghadiri upacara itu. Eli tidak henti-henti menangis dan sudah kehabisan tenaga. Kini dia sudah jatuh sakit," tambah Cindy lagi.

Selepas kematian Michael, Elizabeth pernah menyatakan yang beliau sangat sayangkan Michael dan tidak dapat menggambarkan bagamaimana hidupnya selepas ini tanpa Michael.

"Saya sayang dia dengan sepenuh jiwa saya. Saya tak dapat saya bayangkan hidup saya selepas ini tanpa kehadiran Michael disisi, kami mempunyai terlalu banyak persamaan."

"Dia akan tetap berada di dalam hati saya buat selama-lamanya, tiada siapa yang tahu betapa kami saling mengasihi."

Elizabeth memberikan sokongan moral kepada Michael semasa perbicaraan kes cabul kanak-kanaknya pada tahun 2003.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan