Kate Moss dan Simon Cowell lancar syarikat hiburan bernilai 1 billion dolar.

Diterbitkan: Rabu, 15 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Model British, Kate Moss di Vogue China Event, Beijing. foto-AP
Model British, Kate Moss di Vogue China Event, Beijing. foto-AP

KATE Moss dilaporkan akan bergabung dengan personaliti TV terkenal Simon Cowell untuk melancarkan syarikat hiburan global yang bernilai $1 billion dolar.

Selain dari dua selebriti itu, ahli perniagaan British, Sir Philip Green juga akan terlibat dalam syarikat itu.

Model British itu dijangka akan menguruskan hal-hal berkaitan dengan fesyen, projek terbaru ini akan mengandakan kekayaaanya kepada 100 juta pound.

"Kate telah ditugaskan sebagai pereka fesyen. Dia akan membawa orang-orang yang berpengalaman untuk membantunya dalam menghasilkan jenama yang baru, fesyen baju, stail rambut dan aksesoris," dedah seorang kawan yang rapat dengan Kate.

"Dia ada ramai kenalan yang ramai yang boleh membantu, sebab itu Philip dan Simon mahu dia terlibat dalam projek itu," kata kawanya lagi.

Kawanya turut menjelaskan bahawa tidak ramai yang tahu mereka bertiga berjumpa dua minggu lepas dan sudah menandatangani perjanjian berkenaan dengan projek itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan