Ida guna 'Skype' jadi juri BMW Shorties

Diterbitkan: Rabu, 15 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SELEPAS lebih tiga minggu, aktres Ida Nerina dikhabarkan semakin pulih selepas menjalani rawatan membetulkan tulang belakangnya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Beberapa minggu yang lalu, Ida telah terjatuh di rumahnya sehingga menyebabkan tulang belakangnya cedera.

Menurut pengurusnya, Fizaruddin Harun atau Fizar, pelakon filem Susuk ini masih 'ditahan' di hospital.

Namun begitu, ia tidak menghalang Ida untuk menyibukkan dirinya dengan pertandingan filem pendek BMW Shorties.

Fizar berkata Ida telah melibatkan diri sebagai salah seorang juri pertandingan itu sejak Mei lalu.

"Ida 'ok' dan sedang sibuk menjadi juri BMW Shorties," ujar Fizar ringkas.

Ditanya kepadanya tentang maksud 'ok' itu, Fizar berkata, "Ida sudah boleh menjuri BMW Shorties tetapi dia masih melakukan kerja (penjurian) di atas katil hospital dan belum boleh berjalan lagi.

"Sebagai salah seorang panel pertandingan itu, semalam dia telah berurusan dengan panel yang lain melalui internet 'Skype'.

"Dia juga menilai setiap filem pendek dengan menggunakan komputer.

"Dia menonton video filem yang diberikan sambil berbaring di katil. Tetapi dia tetap aktif dan kadangkala berasa bosan apabila tidak melakukan apa-apa," ujarnya yang sedang sibuk dengan 'Konsert Malam Nada Biru' melibatkan Noryn Aziz dan Atilia pada 30 dan 31 Julai ini di Istana Budaya.

Walaupun keadaan Ida seperti itu, Fizar berkata ia tidak mendatangkan kesan emosi kepada Ida sebaliknya dia lebih tenang disebabkan berada dalam keadaan 'restless'.

Fizar menambah, "Badan Ida 'maintain' macam dulu kerana dia makan seperti biasa. Tetapi saya tidak tahu jika dia ada berpantang."

Fizar yang turut tidak mengetahui bila Ida akan 'discaj' berkata bekas tenaga pengajar Akademi Fantasia musim ke-7 ini masih tidak dibenarkan menerima kehadiran tetamu melainkan keluarganya sendiri.

Sekarang, Ida sedang dijaga oleh ibu dan suaminya, Shahrin (bekas anggota Black Rose).

Sebelum ini, Fizar menafikan khabar angin yang mengatakan aktres itu dipukul sehingga menyebabkan dia terjatuh ketika menaiki tangga ke ruang tamu dalam rumahnya di Persiaran Syed Putra, Kuala Lumpur, kira-kira pukul 3 pagi, pada 21 Jun lalu dan mengalami kecederaan tulang belakang.

Fizar juga mendakwa Ida tidak mungkin terjatuh disebabkan hilang pertimbangan kerana 'mabuk' memandangkan aktres itu baru pulang dari umrah.

Katanya, Ida tergelincir lalu terjatuh apabila sedang menaiki tangga dengan tergesa-gesa.

Fizar turut menafikan yang Ida mungkin lumpuh akibat kecederaan tulang belakang yang dialaminya selepas insiden itu kerana sehingga kini doktor belum mengeluarkan laporan itu.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan