Kak Yong Rahimah tidak pernah kenal erti serik

Diterbitkan: Selasa, 14 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Yong Rahimah Mohd. Johari bangkit kembali dengan azam dan semangat baru.
Yong Rahimah Mohd. Johari bangkit kembali dengan azam dan semangat baru.

SETELAH sekian lama 'menghilang diri' mengubat hati yang patah setelah anak kesayangan pergi menyahut seruan Illahi, kini tiba-tiba penerbit drama Yong Rahimah Mohd. Johari muncul kembali dengan azam yang baru.

Bukan senang hendak merawat duka kehilangan 'separuh dari nyawa saya'.

"Tapi apa boleh buat, Allah lebih sayangkan Ayuna...," lembut suara Yong atau lebih mesra dengan sapaan Kak Yong kedengaran di corong telefon.

Dan dua dekad lamanya Kak Yong mengabdikan diri dalam bidang penerbitan drama. Banyak ragam manusia sudah ditemuinya, banyak onar yang ditempuhi. Semuanya tidak mematahkan semangat Kak Yong untuk menjadi tokoh perniagaan berjaya.

Bukan tidak pernah terdetik untuk membuka produksi sendiri tetapi rezeki ke arah itu belum ada. Namun segalanya berubah pada pertengahan tahun ini, apabila 'seruan' itu datang.

"Kak Yong tidak pernah serik. Setiap kali, Kak Yong jatuh, Kak Yong akan bangun balik. Dan setiap kali mendapat dorongan, Kak Yong pasang niat untuk teruskan dalam bidang ini," kata Kak Yong.

Syarikat produksi yang baru ditubuhkan Kak Yong tiga bulan yang lalu diberi nama, Graphidex Resources Sdn. Bhd. dan kini beroperasi di Damai Kompleks.

Kalau dulu, nama Kak Yong selalu dikaitkan dengan produksi "Shooting Star Media Sdn Bhd" yang diterajui bersama rakan kongsinya selama dua tahun. Tapi kini dia sudah mampu berdikari.

"Produksi sendiri melahirkan rasa kepuasan yang lebih. Kami banyak mengeluarkan drama, buat trading, merchandise dan lain-lain peluang perniagaan yang datang dari badan-badan kerajaan.

"Antara projek yang sudah kami kendalikan ialah pengurusan acara seperti TraxFm dan Hari Keluarga sektor swasta dan kerajaan," kata ibu tunggal yang gigih itu.

Kata Kak Yong lagi, keinginan untuk bergerak sendiri timbul setelah bosan makan gaji dengan rakan kongsi.

"Sebenarnya keinginan nak buat produksi ini sudah lama ada. Satu hari timbul keinginan, kenapa tidak menjalankan perniagaan dengan sepupu saya sendiri.

"Kami duduk berbincang dan akhirnya menjalankan rumah produksi kami sendiri," kata bekas isteri pelakon terkenal Mustaffa Kamal ini.

Setakat ini, syarikat produksi ini telah mengeluarkan dua telefilem iaitu 'Anak Mamak Menantu Mami' dan 'Kekasih'.

"Telefilem ini sudah siap dan menunggu masa untuk tayangan. Yang seronoknya, semua keputusan kita buat bersama kerana perniagaan ini melibatkan ahli keluarga, " kata Kak Yong yang tetap peramah walau sudah lama memencilkan diri.

Memang banyak hikmahnya membuat perniagaan bersama keluarga, kata Kak Yong.

"Semuanya rasa lebih teratur dan banyak perkara remeh temeh dapat diselesaikan begitu saja tanpa menunggu hari esok," jelasnya.

Kak Yong juga bercadang untuk membuat satu lagi telemovie pada tahun ini, yang akan diberi nama 'Ijazah Mama'.

Pada tahun hadapan, produksinya akan membuat sebuah drama bersiri 13 episod.

Dalam diam-diam, Kak Yong juga menyimpan impian untuk membuat konsert.

"Buat masa ini, ianya masih di peringkat perbincangan lagi....," jelas Kak Yong yang mengambil sikap 'low profile' sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

"Cukuplah segala publisiti yang saya dapat selama ini. Saya mahu tumpukan kerja-kerja di belakang tabir dan membuat lebih banyak kerja-kerja pemasaran untuk stesen televisyen," kata produser berusia 52 tahun itu.

Kak Yong juga teringin untuk mempelbagaikan usaha produskinya ke arah projek animasi.

"Tugas saya sekarang hanya membangunkan sesuatu program atau projek. Selebihnya akan ditangani oleh stafnya," kata Kak Yong yang kini dibantu oleh sembilan orang pekerja.

Prinsip yang dipegang oleh Kak Yong tidak pernah berubah.

"Who you know, not what you know" (Siapa yang kita kenal dan bukannya apa yang kita tahu).

"Kalau kita ada pengalaman tetapi tidak kenal sesiapa atau tidak mempunyai kontak, tidak berguna juga," kata Kak Yong.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan