Duncan James tidak malu mengaku dia 'biseksual'

Diterbitkan: Selasa, 14 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Band lelaki British,
Band lelaki British, "Blue" (dari kiri ke kanan) Lee Ryan, Duncan James, Simon Webbe dan Anthony Costa tiba di The 2003 Brit Awards, London pada 20 Februari 2003. -foto REUTERS

NAMANYA begitu legendari sekali. Sebut saja nama Duncan James, siapa yang tidak kenal selebriti kacak yang juga pengacara, pelakon dan penyanyi dari Britain itu.

James juga pernah menjalin hubungan dengan Geri Halliwell, Tara Palmer Tomkinson dan Martine McCutcheon.

Tapi baru-baru ini penyanyi kumpulan popular UK Blue itu membuat satu pengakuan yang mengejutkan. Tanpa segan silu, dia mengaku turut meminati lelaki juga.

"Saya seorang biseksual. Saya pernah ada hubungan dengan lelaki dan juga perempuan. Walaupun saya berminat dengan lelaki, saya tetap tidak boleh lupakan wanita," kata artis tampan itu.

James, 34 tahun, mengaku, keadaan biseksualnya turut membuat dia berada di dalam keadaan serba salah.

"Saya melalui hidup yang penuh rahsia. Proses yang saya jalani benar-benar buat saya keliru. Saya tertanya-tanya diri saya...adakah saya gay, lelaki lurus atai biseksual? Sebab itulah saya jarang menceritakan kisah hidup saya yang bercelaru ini," katanya lagi.

Tambahnya, 'Tapi kini saya di ambang 30an. Saya gembira dengan keadaan saya sekarang dan saya tidak mahu lagi menyorok pasal kehidupan saya lagi," jelas James yang mula membuat hubungan dengan lelaki pada tahun 2001.

James yang dibesar sebagai seorang Katholik begitu takut untuk memberitahu ibunya. Tapi akhirnya, James membawa ibunya berlibur ke Los Angeles dan di sana dia mula meluahkan rasa hatinya.

"Saya begitu paranoid untuk memberitahu ibu saya. Tapi hubungan kami sungguh rapat dan ibu tetap sayangkan saya walau apapun terjadi.

"Kami berpelukan dan menangis. Akhirnya ibu menerima keadaan saya...," kata James.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan