Michael Jackson 'disemadikan' sementara di bilik bawah gereja

Diterbitkan: Isnin, 13 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Berry Gordy berucap semasa upacara memperingati Michael Jackson di The Staples Center, Los Angeles pada 7 Julai, 2009. - foto AP
Berry Gordy berucap semasa upacara memperingati Michael Jackson di The Staples Center, Los Angeles pada 7 Julai, 2009. - foto AP

LEGENDA pop Michael Jackson telah 'disemadikan' buat sementara waktu di bilik bawah gereja milik pengasas label album Motown, Berry Gordy.

Mayat Jackson akan ditempatkan di situ sehingga ahli-ahli keluarga penyanyi tersohor itu bersepakat menentukan tempat pengebumiannya.

Keranda bersalut emas Raja Pop itu diletakkan di satu lokasi rahsia sejak upacara memperingatinya di Los Angeles, Selasa lalu.

Tempat pengebumiannya masih kekal misteri. Antara tempat yang dihebohkan menjadi tempat bersemadi mendiang termasuk, rumah lama Jackson di Santa Barbara County; Neverland Ranch; tempat asal Raja Pop itu, Gary, Indiana dan tempat perkuburan Forest Lawn.

Media turut melaporkan ahli-ahli keluarga Jackson sedang menunggu otaknya dipulangkan untuk tujuan autopsi sebelum meneruskan apa-apa perancangan.

Gordy menawarkan bilik bawah gereja di tempat perkuburan Forest Lawn Cemetery kepada keluarga Jackson sehingga mereka mengenal pasti apa yang harus dilakukan dengan mayatnya.

Mayat Jackson dilaporkan bersemadi di bilik bawah gereja itu yang bertanda abjad 'G' dan sunyi itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan