Lester: 'Michael tidak mungkin ketagihan dadah, dia benci lihat jarum."

Diterbitkan: Isnin, 13 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Bekas bintang kanak-kanak Mark Lester, merupakan 'godfather (bapa)' kepada tiga anak Raja Pop, Michael Jackson. Dia memegang satu foto mendiang Jackson di rumahnya di Cheltenham, England, pada 29 Jun 2009. -foto AP
Bekas bintang kanak-kanak Mark Lester, merupakan 'godfather (bapa)' kepada tiga anak Raja Pop, Michael Jackson. Dia memegang satu foto mendiang Jackson di rumahnya di Cheltenham, England, pada 29 Jun 2009. -foto AP

PELAKON Mark Lester tidak percaya terhadap dakwaan yang mengatakan Michael Jackson ketagih dadah, kerana menurutnya Raja Pop itu tidak suka dengan jarum.

Khabar angin bertiup kencang bahawa penyanyi yang terkenal dengal lagu 'Thriller' itu mengambil beberapa ubat penahan sakit yang sangat kuat seperi Demerol.

Mark Lester menyatakan dia tidak bersetuju dengan dakwaan tersebut dan juga cara pemakanan Michael yang dikatakan tidak teratur dan seimbang.

"Michael bukan seorang yang menghidap penyakit anoreksik, kali terakhir saya melihat beliau berada dalam keadaan yang sangat sihat," lapor sebuah laman web yang memetik kenyataan Mark.

Lester juga berkata Michael selalu makan terlebih dahulu sebelum beliau melakukan persediaan untuk konsertnya.

"Saya tidak pernah melihat Michael mengambil aspirin... sebab itu saya curiga mengenai laporan yang mengatakan beliau mengunakan dadah yang mempunyai kesan kuat.

"Perkara sebenar yang menyebabkan kematian Michael masih menjadi misteri... entah siapa yang lindungi siapa dan kenapa ia dilakukan dalam hal ini.

"Michael tidak suka melihat suntikan jarum," tegasnya lagi.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan