Joe Jackson pun hendak minta hak penjagaan cucu-cucunya

Diterbitkan: Isnin, 13 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Penyanyi, Usher berucap di bawah foto gergasi 'Michael Jackson dengan ibu bapanya Katherine serta Joe Jackson' semasa upacara memperingati Raja Pop di The Staples Center, Los Angeles pada 7 Julai 2009. -foto AFP
Penyanyi, Usher berucap di bawah foto gergasi 'Michael Jackson dengan ibu bapanya Katherine serta Joe Jackson' semasa upacara memperingati Raja Pop di The Staples Center, Los Angeles pada 7 Julai 2009. -foto AFP

JOE Jackson, ayah kepada Michael Jackson kini menyuarakan hasrat hati untuk bersama-sama menjaga tiga cucunya - Prince Michael I, 12, Paris Michael Katherine, 11, dan Prince Michael II (atau Blanket), 7.

Walaupun Joe dan isterinya, Katherine sudah lama berpisah tetapi mereka masih lagi bergelar suami isteri. Michael telah meninggalkan wasiat yang Katherine akan menjadi penjaga anak-anaknya. Dan mahkamah juga telah memberi hak penjagaan sementara kepada Katherine.

Perbicaraan kes penjagaan anak-anak Michael yang kini menjadi rebutan bekas isterinya Deborah Rowe akan didengar semula pada 20 Julai ini.

Tetapi menurut Joe, inilah masa yang paling sesuai untuk dia membesarkan cucu-cucunya bersama-sama Katherine. Katanya lagi, dia dan isterinya patut diberi hak penjagaan penuh ke atas ketiga-tiga anak Michael.

"Mereka patut dijaga seperti kanak-kanak dan diberi makan yang cukup. Tidak ada sesiapa yang akan faham mereka lebih pada kami, "kata Joe penuh yakin.

Meskipun selama ini Michael tidak pernah mengatakan sesuatu yang elok tentang ayahnya seperti dalam temuramah yang dilakukan dengan Oprah Winfrey pada tahun 1993.

"Terlalu banyak kesedihan ketika zaman kanak-kanak saya. Ayah selalu mengejek saya tentang jerawat, hidung besar saya dan macam-macam lagi. Dan dia juga memukul saya.

"Ayah saya seorang yang zalim tapi ibu saya seorang wanita yang cukup sempurna dan baik sekali," kata Michael dalam wawancara itu.

Penulis biografi dan juga rakan baik keluarga Jackson, Stacy Brown berkata, Joe mempunyai hak ke atas cucu-cucunya.

"Kalau awak kenal Joe, dia akan lakukan apa yang dia mahu lakukan. Dia tidak kisah kalau ada sesiapa yang akan cakap buruk pasal dirinya," kata Stacy.

Kata Mark Lester, ayah 'angkat' kepada ketiga-tiga anak Michael pula, "Saya tidak kisah apa yang Joe inginkan kerana selama ini, Michael dan ayahnya sudah mula menjalin hubungan yang keruh dan mereka sudah berbaik-baik.

"Banyak dari trauma emosi yang dihadapi Michael sudah dapat diatasinya. Hubungan Joe dan cucu-cucunya sungguh istimewa. Saya lihat bagaimana dia menyayangi budak-budak itu. Dia seorang datuk yang penyayang.

Ketika ditanya adakah anak-anak Michael berbakat, Joe berkata: "Saya lihat Paris macam dia ingin lakukan sesuatu. Dan Blanket pula cukup pandai menari."

Walaupun Joe ingin memulihkan imej buruknya, ia tidak semudah yang dia jangka. Terbaru, ada desas desus mengatakan dia dibayar $200,000 untuk satu wawancara tentang keluarga Jackson. Ini telah membuat pihak media menyoal ketulusan Joe mencerita kisah sebenar di sebalik tabir Michael Jackson.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan