Kematian Michael Jackson berkemungkinan satu pembunuhan

Diterbitkan: Ahad, 12 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Michael Jackson
Michael Jackson

KES kematian Michael Jackson mungkin akan disiasat sebagai kes pembunuhan, kata Ketua Polis Los Angeles semalam.

Ketua Polis, William Bratton menyatakan para penyiasat masih lagi menunggu keputusan dari makmal perubatan. Jika didapati ada punca dadah yang menyebabkan kematian Michael, doktor-doktor yang terlibat akan dikenakan pertuduhan membunuh dia(Michael).

Bratton berkata: "Adakah punca kematian Michael disebabkan bunuh diri atau penggunaan dadah yang berlebihan?

"Kita masih lagi menunggu jawapan dari pejabat koroner mengenai punca kematian Michael.

"Semuanya bergantung dengan keputusan laporan perubatan itu nanti. Berdasarkan keputusan itu baru kita dapat kenal pasti punca sebenar kematian Michael.

"Kami semua mempunyai kepakaran dalam penyiasatan. Kami sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan apabila laporan perubatan dari pejabat koroner diberi kepada pihak kami nanti."

Bratton juga menyatakan para pegawai penyiasatnya telah menyoal beberapa orang doktor yang pernah merawat Michael.

"Kami juga telah mengambil bahan-bahan bukti yang kami jumpa di kediaman Michael ditemui mati dan ini akan membantu kami dalam menjalankan siasatan," tambahnya Bratton.

Ayah Michael, Joe Jackson semalam sekali lagi menegaskan bahawa kematian anaknya itu adalah disebabkan perbuatan khianat.

Joe berkata ketika ditemubual dalam satu rancangan TV di Amerika: "Saya percaya ini semua adalah perbuatan khianat terhadap anak saya. Ya, saya sangat percaya."

Pegawai penyiasat juga telahpun mengambil semua dokumen yang menyimpan rekod-rekod kesihatan Michael dan para doktor juga diarahkan untuk memberi semua dokumen tersebut termasuk rekod-rekod psikiatri dan radiologi.

Turut terlibat adalah Dr Arnold Klein yang merupkan pakar dermatologi Michael dan kini dikatakan adalah bapa kandung kepada dua orang anak Michael iaitu Prince Michael dan Paris Michael. Bagaimanapun dia(Dr Arnold) menafikannya.

Pihak polis percaya sebelum kematian Michael, dia telah diberi dadah yang berlebihan oleh doktor-doktornya.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan