Lagu 'Smile' nyanyian Jermaine dorong Paris berucap

Diterbitkan: Sabtu, 11 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Paris (kiri) bersama dengan Prince Michael Jackson II dan Prince Michael Jackson I (kanan).
Paris (kiri) bersama dengan Prince Michael Jackson II dan Prince Michael Jackson I (kanan).

ANAK perempuan Michael Jackson, Paris bercadang untuk berucap semasa upacara memperingati bapanya selepas mendengar pakciknya, Jermaine melagukan 'Smile'.

Budak berusia 11 tahun itu tidak dapat menahan dirinya daripada menangis kerana lagu Charlie Chaplin tersebut adalah lagu kegemaran ayahnya, Michael Jackson.

Makcik Paris, La Toya, 53, segera memeluknya sambil berkata: "Dia (Jackson) sangat menyayangimu."

Kenalan rapat keluarga Jackson berkata, itulah saatnya Paris bercadang untuk meluahkan isi hatinya di memorial itu.

Ucapan penuh emosi Paris - ditambah dengan linangan air mata - dalam mendeklarasikan kasih sayang terhadap bapanya menyentuh para penonton sedunia di layar perak.

"Paris adalah seorang gadis yang bersemangat waja, Malah, dia mengejutkan ahli-ahli keluarganya sendiri apabila dia ingin memberikan ucapan," kata satu sumber.

"Antara kanak-kanak Michael, dia satu-satunya yang berani menyuarakan apa yang terbuku di hatinya. Dia sangat berani dan Michael pernah meramalkan dia bakal menjadi bintang popular.

"Dia pernah memberitahu Jermaine dan Randy yang dia ingin mendeklamasikan satu puisi, tetapi mereka tidak menggalakkannya.

"Selepas Jermaine menyanyi, semua perancangan awal berubah," ujar sumber itu.

Sumber itu menambah Paris memberitahu La Toya bahawa dia ingin berucap sesuatu mengenai ayahnya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan