Jaclyn Victor beri tribut pada Jackson di Shout! Awards

Diterbitkan: Sabtu, 11 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

HANYA yang terbaik untuk anda di Shout! Awards! Selain menjanjikan persembahan-persembahan hebat dari reggae-rapper Sean Kingston dan barisan artis – artis tempatan, satu segmen penghormatan khas untuk mendiang Raja Pop juga bakal berlangsung di Shout! Awards.

Pengumumamn ini baru sahaja diumumkan oleh pihak produksi bahawa penyanyi bersuara emas, Jaclyn Victor bakal membuat persembahan di Shout! Awards dengan membawakan lagu-lagu hebat Raja Pop Dunia sebagai tanda perhormatan ke atas pemergian Michael Jackson.

Persembahan lagu – lagu terhebat Michael Jackson akan disampaikan bersama susunan kumpulan koir beserta artis rap jemputan Reefa oleh pakar muzik Aubrey Suwito.

“Saya rasa sangat berbangga kerana dipilih untuk menjayakan dan mempersembahkan lagu-lagu beliau sebagai tanda penghormatan saya kepada penyanyi pujaan ramai, Michael Jackson,” ujar Jaclyn, yang juga dicalonkan untuk dua kategori di Shout! Awards iaitu Popstar Award dan Power Vocal Award.

Tambah Jaclyn, “Saya turut bersedih di atas berita kematian beliau dan pada masa yang sama juga teruja serta tidak sabar untuk memulakan latihan.

"Saya akan mempersembahkan yang terbaik untuk beliau dan juga lagu – lagunya. Semoga Tuhan merahmati kamu Michael Joseph Jackson!”

Selain Jaclyn Victor, Shout! Awards juga menampilkan persembahan – persembahan dari artis-artis hebat tempatan seperti Reza Salleh, Mia Palencia, Paolo Delfino, One Buck Short, Pop Shuvit, Jin Hackman, Komplot, Caprice, Estranged, Shila, Bunkface, Pesawat, Nikki, Joe Flizzow dan Rahim Maarof.

Shout! Awards akan berlangsung pada 17 Julai 2009 di Stadium Putra, Bukit Jalil. Majlis penganugerahan terbaru ini juga akan disiarkan secara langsung di 8TV pada jam 8.30 malam, bermula dengan ketibaan bintang-bintang, selebriti – selebriti dan artis – artis popular tanahair dari seluruh pelusuk industri hiburan melalui permaidani merah.

Shout! Awards diadakan untuk memberi penghargaan kepada mereka yang telah banyak mempengaruhi industri Muzik, Filem, TV dan Radio tanahair. Rancangan yang akan berlangsung selama 2 ½ jam ini akan menyaksikan penganugerahan bagi mereka yang telah memberi revolusi baru dalam industri hiburan tempatan.

Ia juga merupakan satu platform yang baik untuk peminat memilih dan melihat ke mana arah tuju industri hiburan Malaysia.

Shout! Awards merangkumi anugerah khas untuk TV, Filem, Radio dan Muzik dan turut menyelitkan persembahan-persembahan bertenaga dari artis dan band tempatan dalam kolaborasi yang cukup menarik dan menghiburkan!

Untuk maklumat lanjut sila layari www.shoutawards.com.my atau www.8tv.com.my.

Jangan ketinggalan! 8TV juga boleh ditonton melalui saluran 708 di Astro.

Kini, anda juga boleh menikmati rancangan kegemaran anda melalui telefon bimbit anda dengan melayari www.mobile.8tv.com.my.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan