Dr Klein: 'Saya pernah derma sperma tapi bukan untuk Michael.'

Diterbitkan: Sabtu, 11 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dr Arnold Klein.
Dr Arnold Klein.

DR ARNOLD KLEIN yang merupakan doktor dermatologi Michael Jackson memberitahu Larry King iaitu hos sebuanh rancangan bual bicara di Amerika bahawa dia pernah mendermakan spermanya untuk disimpan di bank sperma.

Debbie Rowe yang pernah berkahwin dengan Jackson dan telah melahirkan dua orang anak mereka iaitu Prince Michael, 12, dan Paris Michael, 11 merupakan bekas pembantu Dr Klein.

Dr klein mengaku dia pernah mendermakan spermanya, tetapi pada masa yang sama dia menekankan sperma tersebut bukan untuk Jackson.

Dalam satu temubual dalam rancangan 'ABC's Good Morning America', Dr Klein didesak dengan persoalan mengatakan dia adalah ayah kandung kepada dua orang kanak-kanak tersebut.

Dia yang kini berumur 48 tahun menjawab: "Saya tidak dapat memberi apa-apa jawapan, tetapi apa yang terbaik untuk pengetahuan saya, saya bukan bapa kepada kanak-kanak ini."

Sawyer mencelah: "Yang terbaik untuk pengetahuan anda? Ini merupakan satu kenyataan yang menarik minat," di mana Dr Klein pernah menyatakan: "Saya tidak akan menjawab apa juga persoalan walau dengan cara apa sekalipun, anda ingin tahu kenapa, kerana saya tidak mahu melayan perkara yang tidak masuk akal sebigini."

Jackson bagaimanapun dikatakan pernah membuat perjanjian sembilan bulan sebelum dia berkahwin dengan Rowe pada tahun 1996. Dia(Rowe) tidak pernah mengesahkan bapa kanak-kanak itu, tetapi baru-baru ini Rowe mendesak yang dia adalah ibu kandung mereka.

Tiga tahun kemudian setelah Michael-Rowe bercerai, dia(Rowe) telah menerima bayaran sebanyak £6million dan rumah berharga £1.6million di Beverly Hills telah menyerahkan hak jagaan kanak-kanak tersebut kepada Michael.

Menurut sebuah majalah di Amerika, mereka mendakwa telah mendapat pengesahan dari sumber-sumber berkenaan bahawa Dr Klein adalah bapa kandung kepada Prince dan Paris.

Sewaktu ditemubual, Dr Klein berkata: "Saya ingin memberitahu anda satu perkara, kanak-kanak ini mempunyai masa depan yang cemerlang dan saya tidak mahu mereka diapa-apakan. Michael sangat menyayangi kedua-dua mereka."

Dr Klein yang merupakan pakar dermatologi Michael selama 20 tahun juga pernah menyambut Krismas bersama Micheal sekeluarga.

"Keluarga Michael sangat bahagia dan kanak-kanak ini begitu gembira tinggal bersama Michael. Setiap kali mereka berjalan di hadapan bapa mereka, mereka akan berkata, 'Saya sayangkan ayah'," kata Dr Klein.

Debbie masih berkerja sebagai pembantu Dr Klein di Beverly hills pada waktu dia mula berkenalan dengan Michael yang meninggal dunia dua minggu lepas pada usia 50 tahun disyaki akibat serangan jantung.

Pasangan Michael-Rowe telah berkahwin pada tahun 1996. tahun berikutnya pada 13 Februari, Prince Michael telah dilahirkan.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan