Dek teruja, Beckham namakan anak bongsu sempena nama Cruise

Diterbitkan: Sabtu, 11 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Beckham dan Victoria.
Beckham dan Victoria.

"SAYA begitu mengagumi kawan rapat saya, Tom Cruise sehingga saya menamakan anak bongsu sempena namanya," akui pemain bolasepak tersohor David Beckham.

Bintang bola sepak itu sudah biasa beramah mesra dengan selebriti, tetapi dia paling 'teruja' mendampingi kawan baiknya Tom Cruise.

Mereka mula berkenalan pada 2003.

Oleh itu, Beckham telah menamakan anak bongsunya, Cruz. Walaupun ejaannya berbeza, bunyinya seakan-akan sama dengan 'Cruise'.

"Saya akui, ketika (saya dan Victoria) berjumpa dengan Tom, saya ingat menoleh ke arah Victoria dan berkata "Cruise ialah nama yang hebat. Kita boleh mengejanya sedikit berbeza", dedah Beckham.

"Juga, memandangkan kami tinggal di Sepanyol, 'Cruz' ialah perkataan Spanish untuk 'Cruise'. Oleh itu, kita mendapat nama itu," kata Beckham yang berusia 34 tahun.

Semalam, Beckham kembali ke Britain bersama isterinya, Victoria untuk beriadah di The Seychelles.

Beckham memberitahu penulis Grant Wahl bahawa dia akan mendapatkan khidmat nasihat Cruise apabila membuat keputusan-keputusan yang besar.

Misalnya, sama ada mengambil peluang bermain bola sepak dengan kelab L.A. Galaxy dan cadangan khidmat terapi fizikal.

Buku terbaru Wahl, "The Beckham Experiment' mengandungi satu bab yang mengisahkan perhubungan antara Beckham dan Cruise.

Bagaimanapun, Beckham tidak mempercayai ajaran agama 'Scientologi'yang diamalkan oleh Cruise.

'Dia (Cruise) dan Katie mempunyai kepercayaan mereka ... tetapi saya dan Victoria juga mempunyai kepercayaan kami," kata Beckham.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan