Anak angkat Madonna, Mercy diajar hidup mewah dan naik jet peribadi

Diterbitkan: Sabtu, 11 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Madonna.
Madonna.

SETELAH tiga minggu meninggalkan kampung halamannya di Malawi, Mercy James kelihatan seperti tidak mengalami sebarang masalah untuk menyesuaikan dirinya dengan gaya hidup mewah ibunya, Madonna.

Mercy yang baru berumur empat tahun bagaikan tidak mempunyai masalah untuk berkongsi tinggal di apartment yang bernilai berjuta-juta dolar bersama ibu angkatnya dan dia kini telah dibawa ke Paris.

Kedua-dua mereka tiba di hotel Ritz berikutan Madonna akan membuat persembahan di ibu negara Perancis yang menjadi destinasi pilihan dalam jelajah dunia 'Sticky And Sweet' Madonna.

Turut hadir adalah anak angkat lelakinya, David, 3, dan anak perempuannya, Lourdes, 13.

Hanya anak lelakinya, Rocco, yang menghadiri tayangan perdana Harry Potter di London tidak kelihatan bersama mereka.

Pengalaman ini jauh berbeza dari kehidupannya di Malawi, di mana Mercy telah tinggal di dalam pondok berlumpur sebelum dia di ambil oleh Madonna.

Kos suite mewah di hotel Ritz ini adalah 11,000 pound semalam, manakala satu hidangan dengan menu 'duck foie gras' dan 'lobster salad' bernilai 150 pound untuk satu hidangan.

Berbeza dengan makanan di Malawi yang hanya berasaskan jagung dan dipanggil 'nsima'.

Pada Rabu lalu, Mercy telah dibawa ke hotel dan dihias dari hujung rambut hingga hujung kaki dan diberi pakaian yang telah direka untuknya.

Mercy juga telah melawat London pada bulan lepas dan telah tinggal di 'Mayfair mansion' ibunya yang bernilai 15 million pound setibanya dia dari Afrika dengan menaiki jet peribadi Madonna.

Menurut sumber dalaman, Mercy seolah-olah sudah dapat membiasakan dirinya dengan kehidupan mewah yang diterimanya.

Walaupun kadang-kala dia kelihatan keliru dengan atas apa yang berlaku namun dia(Mercy) masih mampu tersenyum dan beraksi di hadapan kamera.

Dia baru sahaja memulakan kehidupannya bersama Madonna dalam beberapa minggu tetapi dia telahpun melawat banyak negara.

Sambil memegang tangan ibunya(Madonna), Mercy berkeras untuk berhenti di tepi jalan sebaik sahaja mereka turun dari kereta yang dihentikan di depan hotel.

Masih memegang tangan ibunya, Mercy mengambil kesempatan itu untuk melihat keindahan bandar Paris dan bangunan hotel Ritz yang mengagumkan itu.

Dengan memakai jaket bewarna pink dan berseluar jeans, Mercy kelihatan sama seperti kanak-kanak perempuan yang sering dihias oleh ibu-ibu mereka yang mengikuti peredaran fesyen.

Satu-satunya tanda kenangan Mercy di Malawi adalah dandanan rambutnya yang dipenuhi manik-manik kecil.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan