Rumah Jackson meninggal dunia dijadikan memorial

Diterbitkan: Jumaat, 10 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rumah sewa Michael Jackson di The Holmby Hills, Los Angeles dilihat dari ruang udara pada 29 Jun 2009. - foto AP
Rumah sewa Michael Jackson di The Holmby Hills, Los Angeles dilihat dari ruang udara pada 29 Jun 2009. - foto AP

RUMAH besar tempat Jackson meninggal dunia akan dikekalkan sedemikian rupa sekali gus dijadikan tempat peringatan Raja Pop itu untuk para peminatnya.

Rumah bersejarah itu terletak di kawasan Holmby Hills dan ia bakal menjadi tempat kunjungan para peminat Jackson.

Situasinya sama seperti rumah mendiang Marilyn Monroe yang meninggal dunia pada 1962.

Christian Audigier, 51, seorang pereka fesyen yang kaya dan berpengaruh dari Perancis bercadang untuk membeli rumah tersebut daripada rakan kongsi perniagaannya, Hubert Guez.

Guez kini memiliki rumah itu dan menyewanya kepada Jackson dengan sewa sebanyak USD$100,000 sebulan.

Jurucakap Audigier berkata: "Christian Audigier, kawan Michael Jackson, akan membeli rumah ini dan mendedikasikan tempat itu kepada para peminat Raja Pop itu."

Jurucakap berkata Audigier ingin "mengekalkan momen berharga yang dikongsi bersama Michael Jackson".

Jackson telah menetap di rumah tersebut selama beberapa bulan untuk menyiapkan dirinya beraksi dalam siri 50 konsert di 02 Arena, London.

Sejak kematian mengejutnya, para penyiasat telah menggeledah rumah itu dan menjumpai sedatif kuat.

Seorang jururawat yang merawat Jackson di rumah itu berkata, Jackson merayu kepadanya memberikan suntikan dadah untuk membolehkannya mengatasi insomnia.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan