Resolusi menghormati Jackson ditentang pembangkang

Diterbitkan: Jumaat, 10 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sheila Jackson Lee mengemukakan resolusi tersebut sambil mengangkat satu salinan resolusi berangka yang dicetak timbul dengan lambang emas. -foto AP
Sheila Jackson Lee mengemukakan resolusi tersebut sambil mengangkat satu salinan resolusi berangka yang dicetak timbul dengan lambang emas. -foto AP

AHLI kongres Sheila Jackson Lee mungkin tidak dapat mengotakan resolusi yang dibuatnya semasa upacara memperingati Michael Jackson di Staples Center, Los Angeles, baru-baru ini.

Resolusi 'House' oleh Sheila Jackson Lee adalah menghormati mendiang bintang handalan popular itu 'sepanjang masa'.

Pengesahan resolusi itu bagaimana tidak semudah yang dijangkakan kerana Sheila bakal mendapat pihak pembangkang di 'House'.

Seorang ahli Republican misalnya melabelkan Jackson seorang "pervert (penyumbaleweng), pencabul kanak-kanak, pedophile" pada video yang dipaparkan di YouTube minggu ini.

Rep. Peter King berikrar Selasa lalu untuk menentang "habis-habisan" usaha menghormati Jackson.

Tanpa menamakan King sebagai orangnya, Jackson Lee mengkritik pihak tertentu yang enggan menerima kenyataan Raja Pop itu telah dibebaskan dari tuduhan mencabul kanak-kanak.

"Kami memahami Perlembagaan. Kami tahu tentang undang-undang dan kami sedar seseorang itu adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.

"Ini adalah objektif sebenar Perlembagaan," kata Jackson Lee," kata Jackson Lee semasa mengemukakan resolusi tersebut sambil mengangkat satu salinan resolusi berangka yang dicetak timbul dengan lambang emas.

'House Resolution 600' yang dianggotai Jackson Lee telah menyenaraikan beberapa kerja-kerja amal Raja Pop.

Rumah tersebut mengiktiraf Michael Jackson sebagai legenda Amerika Syarikat, ikon muzik dan pendukung kemanusian.

Michael Jackson menurut Jackson Lee, ialah 'seseorang yang akan diingati selama-lamanya'.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan