Mariah Carey minta maaf kerana nyanyiannya 'kurang sempurna' di 'Memorial MJ'

Diterbitkan: Jumaat, 10 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mariah Carey ketika membuat persembahan pada Majlis Peringatan Michael Jackson di Staples Center Los Angeles pada 7 Julai 2009. - foto AP
Mariah Carey ketika membuat persembahan pada Majlis Peringatan Michael Jackson di Staples Center Los Angeles pada 7 Julai 2009. - foto AP

BAGI mereka yang kurang mahir mendengar muzik, nyanyian Mariah Carey semasa upacara memperingati Michael Jackson sudah cukup sempurna.

Bagaimanapun, penyanyi yang pernah memenangi anugerah Grammy percaya yang dia boleh mengalunkan lagu, "I'll be there" dengan lebih baik lagi.

"Saya cuba menyanyi tapi ternyata amat sukar untuk saya," Carey menulis dalam laman sosial 'Tweeter'.

Menurut Carey, dia tidak dapat menahan dirinya daripada menangis dan ini menjejaskan mutu suaranya yang memang terkenal dengan kelunakan.

"Saya minta maaf saya tidak dapat menyanyi dengan baik. Saya sebak melihat keranda Michael Jackson yang betul-betul di depan mata saya," jelas Carey.

Carey menambah, "Seperkara yang saya tahu, kita tidak perlu mengucapkan selamat tinggal kepada Michael Jackson.

"Ini kerana legasinya terus 'hidup' dan jutaan peminat memperoleh inspirasi daripada muziknya yang malar hijau. Dia akan tetap terpahat di hati kita semua," luah Carey menerusi komennya di Tweeter.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan