Doktor sanggup bersumpah dia bukan bapa anak-anak Jackson - Berita Hiburan | mStar

Doktor sanggup bersumpah dia bukan bapa anak-anak Jackson

Diterbitkan: Jumaat, 10 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dr. Arnold Klein sanggup bersumpah mengatakan dia bukan ayah kepada anak-anak Michael. - foto AP
Dr. Arnold Klein sanggup bersumpah mengatakan dia bukan ayah kepada anak-anak Michael. - foto AP

AHLI dermatologi Michael Jackson, Arnold Klein menafikan dia merupakan ayah biologi kepada anak-anak Jackson: Paris dan Prince Michael.

Klein mendedahkan kenyataan itu pada hari Rabu.

"Sepanjang pengetahuan saya, saya bukanlah ayah kepada kanak-kanak tersebut," Dr. Arnold Klein memberitahu media.

"Saya boleh bersumpah dengan pelbagai cara. Saya tidak ingin melayan khabar angin yang mengarut seperti ini," katanya.

Klein cuma mendedahkan perkara itu seminggu selepas kemunculan satu laporan menyatakan seorang doktor kulit menjadi bapa kepada dua anak Jackson.

Mereka ialah Paris Michael, 11, dan Prince Michael, 12.

Sumber memberitahu, Klein menderma sperma kepada ibu tumpangan Debbie Rowe, yang merupakan penolong kepadanya pada masa itu.

Selepas kematian mengejut Raja Pop itu, nama Klein turut dikaitkan dengan dakwaan dia mempreskripsikan sedatif kuat kepada Jackson.

Para penyiasat menjumpai ubat berbahaya, Diprivan, di rumah penyanyi tersohor itu.

Klein bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya dia membekalkan ubat tersebut kepada Jackson.

"Bagaimana saya mempreskripsikan ubat itu jika saya tidak tahu menggunakannya?" soal Klein.

Tambahnya, dia hanya mengubat Jackson dengan ubat berdos sederhana sahaja.

Tiga hari sebelum dia menghembuskan nafas terakhir, Jackson melawat Klein di pejabatnya. Klein berkata, pop sensasi berusia 50 tahun itu tidak mempamerkan tanda-tanda dia kurang sihat.

"Malah dia menari di pejabat saya," kata Klein, "Dia menari untuk para pesakit saya."

Selebriti, saudara-mara dan kenalan memberikan penghormatan terakhir kepada bintang 'The Thriller' itu pada Selasa lalu di Staples Center, Los Angeles.

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan