6 album Michael melonjak dengan jualan 1.1 juta unit - Berita Hiburan | mStar

6 album Michael melonjak dengan jualan 1.1 juta unit

Diterbitkan: Jumaat, 10 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Michael Jackson. - foto REUTERS
Michael Jackson. - foto REUTERS

JUALAN album Michael Jackson melonjak berkali ganda sejak kematian mengejutnya pada 25 Jun lalu.

Dalam masa dua minggu sahaja, jualan album solo Jackson meningkat daripada 10,000 unit kepada 1.1 juta unit.

Mana tidaknya, para peminat Raja Pop itu inginkan 'apa saja yang berkaitan dengan Michael'.

Enam album Jackson berada dalam senarai 'Top 40' yang melibatkan minggu berakhir 6 Julai lalu.

Album 'Number Ones', susunan lagu Jackson paling hit pada tahun 2003, memecah rekod jualan album tertinggi di dunia.

Jualan album tersebut untuk minggu ini meningkat sebanyak 224 peratus berbanding minggu lalu.

Ini diikuti album 'Thriller' di tangga ketiga, 'Essential' di tempat kelima, 'Off the Wall' di kedudukan ke-11, 'Dangerous' di nombor ke-22 dan 'Bad' pada posisi ke-28.

Muat turun lagu-lagu digital Jackson melonjak dari 48,000 kali sebelum kematiannya kepada lebih 3 juta kali minggu ini.

"Saya memang ingin menyimpan memori muzik tersebut agar saya dapat menunjukkan kepada cucu-cicit saya pada suatu hari nanti," kata seorang pembeli album Jackson.

Seorang pengusaha kedai muzik berkata, jualan album Jackson begitu laris macam 'pisang goreng'.

Katanya, setiap stok album yang sampai hari ini akan habis dijual pada keesokannya.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan