Nurul sedang diulit cinta dengan pemuda misteri

Diterbitkan: Khamis, 9 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nurul Huda Abdul Wahab lebih selesa merahsiakan perhubungan baru itu. - foto Metadome
Nurul Huda Abdul Wahab lebih selesa merahsiakan perhubungan baru itu. - foto Metadome

UMPAMA sepohon bunga mawar, walaupun layu sekuntum bunga, ianya akan tetap keluarkan kudup yang lain, lebih mekar dan kembang.

Begitulah lumrah pusingan hidup. Mungkin juga metafora ini sesuai membayangkan situasi selebriti berstatus ibu tunggal, Nurul Huda Abdul Wahab atau lebih dikenali Nurul.

Naluri seorang wanita tetap ingin dibelai dengan kasih sayang, begitu juga Nurul. 'Kudup cinta' kini kelihatan sedang bercambah di hati aktres dan penyanyi jelita ini walaupun Nurul cuba menyembunyikan perkara itu.

Ini terbukti melalui penampilannya yang lebih ceria dan seksi seolah-olah budak remaja belasan tahun dilamun cinta.

"Apa yang boleh saya katakan ialah kami sedang berkenalan. Dia orang biasa sahaja, bukan Datuk atau Tan Sri," kata Nurul selepas majlis pelancaran album Nurul, 'Tika Cinta' di Bangkok Jazz Thai Bistro, Chulan Square, Kuala Lumpur, semalam.

Album solo terbaru Nurul di bawah label syarikat Metadome turut disertai artis seperti Liyana Jasmay, The Fabulous Cats dan Imran Ijmain.

Ia memuatkan tujuh buah lagu iaitu Tika Cinta, Kala Hati, Sepenuh Jiwa, Jadikan Aku Bintang, Tertutup Hati, Tangis Syukur dan Bukan Cermin Di Hati.

Menariknya, single pertama album Nurul iaitu Tika Cinta berkonsepkan Pop Jepun.

Walaupun sibuk mempromosikan albumnya yang sarat dengan lagu romantis, Nurul seboleh-bolehnya tidak ingin menjaja kisah percintaannya yang sebenar kepada orang ramai.

Ketika diasak bertubi-tubi oleh pertanyaan wartawan, Nurul secara berseloroh menggaru-garu kepalanya seolah-olah 'menyerah kalah'.

"Saya tidak ingin menghebohkan perkara ini kerana bimbang ini menakutkan si dia," kata pelakon drama E.Toyol ini.

"Dia bukan dari luar negara.... dan saya tidak dapat mendedahkan tempoh perhubungan antara kami," akuinya Nurul yang turut mengeluarkan album Nurul (1995), Ikhlasnya Cinta Ku (1996), Kini Dan Selamanya (1998), Cita Dan Cinta (2000).

Nurul merupakan bekas isteri kepada penyanyi dan komposer, Ajai yang popular dengan lagu 'Kerana Terluka'. Hasil perkongsian hidup mereka mengurniakan Ayu Nazirah.

Jadi, bilakah agaknya Nurul akan mengakhiri zaman bujangnya dengan lelaki misteri itu?

"Walaupun Ayu pernah beritahu dia inginkan adik, saya tidak ada meletakkan apa-apa 'target' dalam perhubungan ini. Nanti tidak jadi, frustrated pula," akui Nurul yang berpakaian seksi pada majlis itu.

Mengenai penampilan imej seksinya itu, Nurul memberitahu: "Kadang-kala nampak seksi. Mungkin kerana rambut panjang dan nampak sikit-sikit lengan, orang katakan seksi.

"Masa berkahwin dengan Ajai,.... orang tidak mengambil kisah kerana saya isteri orang... tidak perasan sangat...

"Pun begitu, imej baru ini adalah ekoran penjenamaan semula Nurul dalam promosi album ini, 'Tika Cinta'. Pasukan artist make-up, dan stylist inginkan apa-apa yang terbaik untuk Nurul. Mereka sentiasa study (mengkaji penampilan) saya," ujarnya.

Apa pun, Nurul berkata, dia akan berpakaian profesional untuk majlis korporat dan persembahan di istana.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan