Lagu Beatles yang dilapor hilang pada 1978 siap untuk dirakam - Berita Hiburan | mStar

Lagu Beatles yang dilapor hilang pada 1978 siap untuk dirakam

Diterbitkan: Khamis, 9 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LAGU yang ditulis pada tahun 1978 milik kumpulan rock lagenda 'The Beatles' yang dikatakan hilang ini telah siap untuk dikeluarkan.

Lagu yang berjudul 'Now and Then' ini ditulis oleh John Lennon pada 1978 dan kemudiannya diusahakan oleh Sir Paul McCartney, George Harrison dan Ringo Starr ketika mereka bergabung kembali untuk menjalankan projek 'Beatles Anthology' pada tahun 1995, telah siap untuk dikeluarkan.

Lagu 'Now and Then' ini telah siap dan kesemua empat anggota Beatles bersedia untuk memainkannya," kata satu sumber.

"Versi lagu ini adalah versi ketika Beatles bergabung pada tahun 1995 dan digabungkan dengan versi Paul McCartney.

"Dia(Paul McCartney) inginkan sangat lagu ini dikeluarkan," tambah sumber tersebut.

Lagu ini turut menampilkan Lennon yang mati akibat ditembak pada tahun 1980 dan menggunakan vokal McCartney.

Harrison yang meninggal dunia pada tahun 2001, juga turut menyanyi dan bermain gitar dalam lagu ini.

Jika lagu ini berjaya dikeluarkan, ia akan menjadi lagu baru pertama Beatles selepas kali terakhir muncul dengan album 'Real Love' pada tahun 1996.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan