Eizlan berkarya untuk dapat anugerah?

Diterbitkan: Khamis, 9 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Eizlan Yusof amat berharap lakonan mahupun karya yang dihasilkan mampu mendapat pengiktirafan - foto THE STAR oleh SHAARI CHEMAT
Eizlan Yusof amat berharap lakonan mahupun karya yang dihasilkan mampu mendapat pengiktirafan - foto THE STAR oleh SHAARI CHEMAT

RAMAI artis yang sering mengatakan pembabitan mereka di dalam bidang seni adalah berdasarkan minat yang mendalam, bukan atas faktor populariti, jauh sekali untuk mengharapkan sebarang anugerah.

Bagi kebanyakan mereka, penghargaan dari segi 'award' atau anugerah itu adalah satu bonus andai kata dikurniakan rezeki. Namun, berbeza dengan 'pemikiran' pelakon Eizlan Yusof yang amat berharap lakonan mahupun karya yang dihasilkan mampu mendapat pengiktirafan.

Menurut aktor berusia 37 tahun ini, dia bukan ingin terlalu mengejar 'award', tetapi baginya, pengiktirafan seperti itu merupakan pencapaian tertinggi buat golongan artis dan akan menjadi pembakar semangat untuk artis tersebut.

Namun, impiannya itu bukan setakat omongan kosong. Selama kira-kira 15 tahun berkecimpung di dalam bidang ini, Eizlan telah mempamerkan usaha yang keras untuk cuba merealisasikan cita-citanya itu.

"Selama 15 tahun ini, bohonglah kalau saya cakap saya sudah puas hati dengan perjalanan seni ini. Saya ada matlamat tersendiri dan saya amat impikan untuk merangkul anugerah utama seperti Pelakon Terbaik.

"Alhamdulillah, setakat ini saya ada juga berpeluang memenangi beberapa anugerah.

"Bukan setakat lakonan, saya juga semakin aktif dalam penghasilan skrip drama. Dan seperti mana dalam bidang lakonan, saya juga turut meletakkan impian untuk melihat skrip-skrip saya dapat bertanding bagi kategori Skrip Terbaik di sebarang majlis penganugerahan.

"Objektif saya hanya satu. Saya ingin buat sesuatu yang saya minat sehingga tahap yang tertinggi," kata Eizlan yang ditemui di lokasi penggambaran drama bersiri Puteri Aurora Beradu, di Kuang, Selangor, baru-baru ini.

Biarpun dia sentiasa meletakkan misi tersebut, kata Eizlan, usaha yang dicurahkannya itu pastinya tidak menjadi jika dia tidak mempunyai 'passion' (keinginan) di dalam bidang ini.

Ujar bapa kepada Vie Zaara, 1, ini, apa yang pasti, dia amat 'mencintai' bidang ini meskipun perlu melalui masa yang lama untuk mendapat anugerah-anugerah utama yang diidamkannya itu.

"Saya pernah terfikir untuk perlahankan karier seni saya, tetapi nampaknya tidak boleh kerana saya sedar saya amat meminati bidang ini.

"Sejujurnya, agak mustahil bagi saya untuk mengundurkan diri dari bidang ini. Selagi ada kehendak, saya akan teruskan perjuangan saya sebagai anak seni," tutur Eizlan yang sedang menantikan tayangan filem terbarunya, Pisau Cukur, bergandingan bersama Maya Karin dan Fazura.

Aktif berniaga

Ditanya tentang perkembangan kariernya, kata Eizlan, setakat ini, dia masih lagi mendapat tawaran berlakon yang banyak, meskipun industri semakin dipenuhi dengan muka-muka baru.

Terbaru, selain terbabit di dalam drama bersiri Puteri Aurora Beradu bersama pelakon-pelakon seperti Memey, Rozita Che Wan, Norish Karman dan Iqram Dinzly, Eizlan juga berkata dia akan terlibat di dalam drama-drama lain termasuklah sebuah drama sempena Hari Raya nanti.

"Saya gembira masih ada pihak yang terus beri peluang kepada saya untuk berada dalam industri ini. Cuma sekarang ini, saya kena bijak bahagikan masa antara karier dan keluarga, termasuklah bisnes arang baru yang sedang saya lakukan," kata Eizlan.

Menurut Eizlan, bisnes arang batu yang dikendalikan oleh syarikat miliknya, Black Stone Dagang Sdn Bhd itu sudah tiga tahun beroperasi dan turut mempunyai cawangan di Jakarta.

Ditanya sama ada dia turut mempunyai perancangan untuk bergelar pengarah seperti mana rakan baiknya, Ahmad Idham, kata Eizlan, buat masa ini dia belum terfikir untuk ke arah itu.

"Saya memang pernah ditawarkan untuk mengarah drama. Itu pun secara kebetulan kerana skrip drama itu adalah hasil karya saya sendiri. Tetapi buat masa ini, saya rasa belum bersedia.

"Mungkin Idham memang dari awal lagi dia berminat dalam bidang pengarahan, tetapi saya rasa saya lebih suka dengan bidang penghasilan skrip. Nantilah, jika masanya sesuai dan saya rasa sudah bersedia, saya juga ingin cuba mengarah," kata Eizlan yang juga turut aktif menulis blognya di http://www.eizlanyusof.blogspot.com/

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan