Zaquan penyebab Ayu-Pekin berpisah?

Diterbitkan: Rabu, 8 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Penyerang bola sepak Kebangsaan bawah 23 tahun, Mohd Zaquan Adha dikawal rapi pertahanan pasukan Indonesia U-23, Rachmat Latif (kanan) pada perlawanan persahabatan kedua-dua negara di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada 13 Jun 2009. -foto BERNAMA
Penyerang bola sepak Kebangsaan bawah 23 tahun, Mohd Zaquan Adha dikawal rapi pertahanan pasukan Indonesia U-23, Rachmat Latif (kanan) pada perlawanan persahabatan kedua-dua negara di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada 13 Jun 2009. -foto BERNAMA

KENYATAAN pelakon Ayu Raudhah yang mendakwa hubungannya dengan bekas kekasihnya, aktor Pekin sudah berakhir disebabkan tiada keserasian dan jodoh mungkin bersulam dengan alasan 'orang ketiga'.

Ini kerana Ayu kini dikhabarkan sedang menyulam cinta dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd. Zaquan Adha yang bagaimanapun dinafikan oleh mereka.

Mungkinkah Zaquan penyebab hubungan Ayu dan Pekin yang dibina hampir enam tahun itu 'berkubur' begitu sahaja?

Menurut Pekin atau nama sebenarnya Mohd. Iznan @ Pekin Ibrahim, 27, dia dan Ayu secara rasminya telah berpisah sejak sebulan yang lalu bukan disebabkan Zaquan.

"Kami berpisah bukan disebabkan Zaquan kerana saya dan Ayu berpisah sebelum dia mengenali Zaquan lagi.

"Saya anggap kami sudah tiada jodoh. Dia (Ayu) yang pilih untuk berpisah lagipun salah saya juga.

"Saya yang bawa Ayu berlakon dan kami kenal sebelum dia bergelar pelakon lagi," kata Pekin ketika ditemui dalam sidang media filem Skrip 7707 di Cathay Cineleisure Damansara semalam.

Namun begitu Pekin tidak pernah menyesal membawa Ayu dalam industri seni ini kerana sudah jodohnya untuk bergelar artis.

"Semua yang berlaku ni ada hikmahnya. Mungkin saya boleh dapat yang lebih baik lagi selepas ni siapa tahu.

"Sekarang, apabila dia dikatakan ada hubungan dengan Zaquan, saya terima dengan terbuka kerana saya dengan Ayu sekarang hanya berkawan dan pintu hati saya sudah tertutup untuk Ayu," jelasnya.

Pekin memaklumkan hubungan mereka sudah mula 'bergoyang' semasa sama-sama berlakon drama bersiri 'Manjalara'.

"Waktu itu, kami terpaksa bekerja bersama tetapi masing-masing terpaksa 'berlakon' hubungan masih baik walaupun hubungan kami bermasalah," ulas Pekin yang mengaku masih belum menemui pengganti Ayu.

Imej selekeh sebab projek filem

Memandangkan Pekin dan Ayu sudah tidak sehaluan lagi, nampaknya watak Khadijah yang sepatutnya disandang oleh Ayu terpaksa diganti pelakon lain.

"Projek filem Aku Dan Sesuatu dirancang dua tahun lepas dan akan mula dibuat pada tahun depan.

"Ikutkan Ayu akan berlakon sekali dengan watak Khadijah dan saya membawakan watak Husin yang diambil dari cerita kartunis Ayie, 'Aku Hidup Dalam Blues'.

"Saya menyimpan rambut panjang pun sebab perlu mengikut watak Husin yang berambut panjang," katanya yang terpaksa menolak tawaran berlakon apabila memerlukan dia memotong rambut.

Kata Pekin, sekarang syarikatnya, Indieworkshop Sdn. Bhd sedang sibuk menyiapkan beberapa buah filem pendek seperti Aku Dan Sesuatu yang mengambil masa .

Bibir dijahit dua kali

Menceritakan tentang pengalamannya berlakon dalam filem Skrip 7707 arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen ini, Pekin berkata bibirnya pecah dan keluar banyak darah sehingga dijahit sebanyak dua kali.

"Bibir saya terluka akibat memanjat palang kayu yang tinggi semasa menjenguk bilik misteri dalam filem tu.

"Ikutkan masa saya menjerit tu, darah keluar banyak tapi mungkin orang tak perasan," cerita Pekin.

Pekin melakonkan watak seorang pelajar yang menginap di hadapan sebuah bilik kosong yang sentiasa berasa curiga mengapa bilik di depannya dibiarkan kosong.

Tambahan pula, pelajar itu sering terdengar bunyi-bunyi pelik datang dari bilik kosong tersebut.

Ini membuatkan perasaan ingin tahunya menjadi semakin kuat.

Pelajar itu mengambil keputusan untuk menjenguk bilik itu lalu terkejut. Apakah yang telah dilihatnya? Apakah misteri disebalik bilik kosong itu?

Skrip 7707 menghimpunkan sembilan kisah seram dan bakal menghantui pawagam mulai 16 Julai ini.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan