Diana Ross: Michael cebisan dari hidup saya

Diterbitkan: Rabu, 8 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

WALAUPUN kelibatnya tidak kelihatan, penyanyi terkenal Diana Ross yang juga merupakan ibu angkat, mentor dan sahabat karib Michael Jackson mengirimkan kenyataannya berupa cetusan hatinya:

"Saya sedang cuba mententeramkan diri saya. Saya ingin anda tahu yang walaupun saya tidak berada di Staples Center secara fizikal, tetapi hati saya tetap di sana.

"Saya mengambil keputusan untuk bertafakur dan mendiamkan diri. Ini saja yang saya rasa paling sesuai untuk saya lakukan pada waktu ini.

"Michael adalah kasih yang paling istimewa buat saya, seseorang yang saya cukup hargai, cebisan dari hidup saya. Terlalu sukar untuk saya cari kata-kata untuk melahirkan perasaan sebenar saya," kata Ross dalam kenyataannya.

Dalam wasiatnya, Jackson telah menamakan Ross sebagai penjaga kepada anak-anaknya Prince Michael, 12, Paris, 11, dan Blanket, 7 seandainya sesuatu terjadi kepada ibunya Katherine, yang kini berusia 80 tahun.

Dalam kenyataan itu juga, Ross berkata, "Michael mahukan saya berada dengan anak-anaknya. Itu akan saya lakukan bila mereka memerlukan saya."

"Saya harap Memorial hari ini akan menguatkan lagi ikatan mereka yang rapat dengannya. Terima kasih Katherine dan Joe kerana berkongsi anak awak dengan semua orang dan saya. Saya ingin merakam ucapan takziah kepada seluruh keluarga Jackson."

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan